berita

Bosan Di Rumah Sewaktu PKPB? Jom Cuba Aktiviti Kreatif Oleh TGF Dengan Keluarga Korang!

November 9th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Make-It-Senang

Gara-gara musim pandemik membuatkan ramai memilih untuk duduk di rumah dan hanya keluar apabila perlu je. Duduk di rumah pun tak apa, asalkan korang boleh meluangkan masa dengan keluarga di rumah sebagai langkah pencegahan.

Tapi, lama sangat duduk di rumah tanpa sebarang aktiviti pun bosan juga. Anak-anak korang apatah lagi! Apa kata korang cuba aktiviti-aktiviti yang kami senaraikan ni bersama anak-anak untuk hilangkan rasa bosan di rumah. Serius best wei!

DIY bath bomb berwarna bersama keluarga

Best jugak kalau korang sama-sama DIY bath bomb berwarna dengan keluarga kat rumah. Budak-budak pun memang suka aktiviti mewarna macam ni. Satu aktiviti keluarga boleh mengasah kreativiti. Enjoy habis!

Spa tangan & kaki di rumah untuk hilangkan stres

Aroma bath bombs in spa composition with orange flowers and towels. Aromatherapy arrangement, zen still life with lit candles

Nak cipta suasana spa kat rumah? Nyalakan lilin wangi untuk naikkan mood tersebut. Laraskan cahaya supaya tak terlalu terang dan tambah alunan muzik favourite korang. Buat spa tangan dan kaki kat rumah macam ni lagi syok!

Relaks & manjakan diri sendiri di rumah

Sekaranglah waktu terbaik untuk korang relaks dengan memanjakan diri di rumah. Kalau ada tab mandi kat rumah, bolehlah berendam dengan air panas. Pakai sabun yang wangi dan menenangkan. Relaks gila!

Nak buat semua aktiviti ni, lagi seronok kalau korang guna barangan dari..

The Gift Fairies, aneka bath bomb yang comel dengan aroma menyegarkan!

Tengah skrol Instagram, terjumpa The Gift Fairies ni. Kalau hadiahkan bath bomb kat orang tersayang macam menarik kan? Kena pulak dengan waktu sekarang. Pada mulanya kami tertarik dengan bentuk bath bomb yang mereka ada. Bukan setakat comel, nampak real pulak tu!

Tak sangka sebenarnya bath bomb mereka ni handmade sepenuhnya tau. Mereka juga ada banyak jenis bath bomb dengan pelbagai bentuk. Selain bath bomb, kat sini kami akan kongsikan produk yang korang boleh dapat daripada The Gift Fairies.

HANDMADE SOAP

Bentuk macam kuih kan? Ni salah satu bentuk Handmade Soap yang unik oleh The Gift Fairies. Sabun ni 100% handmade secara semula jadi. Sabun ni takde bahan kimia berbahaya dan parafin. Ia membantu mengurangkan ekzema. Memang selamat!

FILM SOAP

The Gift Fairies pun faham yang cuci tangan dah jadi kebiasaan sekarang. Sabun lebih berkesan untuk menghilangkan kuman dan bakteria. Dengan Film Soap, lebih mudah untuk korang bawa sabun ke mana-mana. Nak didik anak-anak untuk selalu cuci tangan bila keluar rumah pun senang.

BUBBLE BAR

Lagi suka main buih sabun sewaktu mandi? Korang patut cuba Bubble Bar oleh The Gift Fairies. Ia mencipta gelembung yang luar biasa di dalam air suam. Warnanya terang dengan aroma menenangkan. Anak-anak pun mesti suka main buih sabun dengannya.

BATH BOMB

Produk apa yang hot selling di The Gift Fairies? Semestinya Bath Bomb! Bukan bentuk bulat je tau. Ada banyak bentuk lain yang unik. Selain lembut dan baik untuk kulit, ia boleh mengurangkan sakit otot. Stres pun hilang kalau berendam dalam tab mandi.

Tengok video kat atas. Cantiknya letak Bath Bomb oleh The Gift Fairies dalam tab mandi. Kalau bawak ni pergi bercuti kat mana-mana memang seronoklah!

FAIRY DUST

Macam mana nak enjoy bath bomb kalau takde tab mandi kat rumah? Tak payah pening sebab The Gift Fairies sediakan Fairy Dust untuk korang. Fungsinya sama macam bath bomb tapi dalam bentuk serbuk. Korang boleh masukkannya ke dalam baldi air suam dan rendam kaki korang.

Semua produk di The Gift Fairies adalah selamat untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Disebabkan ianya takkan habis digunakan, kena ada pengawasan orang dewasa. Pantau anak-anak korang sewaktu menggunakannya okay?

Boleh dijadikan hadiah istimewa untuk yang tersayang

Kalau korang nak tahu, The Gift Fairies merupakan syarikat tempatan Malaysia yang berpusat di Shah Alam dan Mont Kiara. Mereka juga menyediakan hadiah untuk sebarang event seperti majlis perasmian, kenduri kahwin, hari jadi dan sebagainya.

Bungkusan yang The Gift Fairies buat pun nampak cantik dan menarik. Korang bagitahu je korang nak customize hadiah tu macam mana. Mereka boleh realisasikan untuk korang dan dijamin korang akan puas hati.

Paling menarik, The Gift Fairies nak bagi korang sesuatu yang istimewa hujung tahun ni.

Promosi menarik sempena perayaan Krismas!

Sempena perayaan Krismas yang bakal tiba, The Gift Fairies akan keluarkan produk baru bertemakan Krismas pada minggu kedua bulan November dan seterusnya. Mereka tawarkan diskaun 20% untuk setiap pembelian melebihi RM100.

Paling syok, harga produk yang mereka tawarkan serendah RM5.60 je tau. Murah gila kan? Selain tu, ada penghantaran percuma ke seluruh Malaysia untuk pembelian melebihi RM150. Bestnya!

Korang tak boleh lepaskan promosi ni sebab inilah waktu terbaik untuk korang beri hadiah buat yang tersayang. Mereka mesti happy dapat hadiah comel macam ni. Lepas ni, kalau member tanya nak customize hadiah menarik kat mana, bolehlah syorkan The Gift Fairies kat mereka.

Semoga korang seronok meluangkan masa di rumah bersama keluarga dengan The Gift Fairies!

Untuk sebarang tempahan, boleh klik SINI atau terus Whatsapp +6017-8790823.

SKIP THIS AD ×