Trend pertambahan kes Covid-19 pada masa ini cukup membimbangkan. Kerajaan telah mengambil langkah yang lebih drastik dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).
Patuhi SOP dan elakkan diri daripada berada diluar kediaman. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu memutuskan rantaian penyebaran Covid-19. Kalau korang rasa down, sunyi dan kosong, korang boleh buat 4 perkara ini. Confirm korang akan rasa lega, lapang dan tenang.
1. Duduk rumah!
Elakkan ke tempat sesak yang ramai orang. Tolong keluar rumah hanya bila ada hal-hal kecemasan. Jika keluar jangan ambil tempoh masa yang lama dan pakai pelitup muka dengan cara yang betul. Kalau boleh stay at home je!
Hal ini penting kerana, bila korang tidak keluar rumah risiko untuk korang sekeluarga dapat jangkitan Virus Covid-19 adalah sangat rendah. Lagipun, banyak aktiviti berfaedah yang korang boleh buat dirumah antaranya mengemas rumah, main permainan board games dan becucuk tanam. Dengan semua aktiviti ini hubungan korang sekeluarga akan jadi lebih erat dan mesra.
2. Perbaiki & cabar diri untuk tingkatkan kualiti kendiri!
Seterusnya, apa yang korang boleh lakukan sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan ialah perbaiki diri korang. Belajar untuk menyelami kelemahan dan kelebihan diri sendiri. Jangan sesekali takut untuk cuba sesuatu yang baru.
Bagi yang tak tahu masak, korang belajar masak, Bagi yang tak tahu baking, korang belajar baking. Sekarang dah mudah, banyak resepi menarik orang share di Website, Facebook dan Youtube. Watsons sendiri ada share lebih 20 resepi menggunkan Nutrabliss di Chanel Youtube mereka. Siapa tahu kan? Mungkin sahaja sesuatu yang baru itu serasi dengan diri korang dan tak mustahil ianya b0leh menjadi satu sumber rezeki baru.
3. Kekal positif & manjakan diri sendiri!
Dimasa-masa PKP ni, tak dinafikan mungkin ramai dikalangan korang yang dah mula give up, stress dan hadapi tekanan perasaan tetapi kalau boleh jangan terbawa-bawa dengan perasaan sedemikian rupa. Korang kena fikir positif, fokus dan lakukan aktiviti yang baik untuk diri korang sendiri.
Ingat tak ada benda yang datang bergolek, melainkan kita berusaha. Jadi untuk pastikan mental dan fizikal korang sihat. Korang kena usaha keluar dari kepompong negativiti yang ada dalam diri korang dan lakukan latihan fizikal seperti yoga dan senaman ringan untuk dapatkan aura positif. Jaga amal ibadat dan selalulah berhubung dengan insan yang tersayang.
Disamping itu, jangan lupa manjakan diri korang. Buat la facial dirumah. Beli facemask dan barangan penjagaan wajah di Watsons dan manjakanlah diri korang sepuasnya. At least, terisi masa senggang yang ada.
4. Beli keperluan kesihatan diri & supplement selengkapnya!
Sila pastikan rumah korang ada bekalan barangan kesihatan umum bagi memastikan masalah kesihatan ringan dapat dirawat dirumah tanpa perlu keluar kemana-mana. Berikut adalah senarai barangan kesihatan yang korang boleh stock up di Watsons.
Pelitup Muka
Pelitup muka ni penting. essential need la katakan. Tanpa pelitup muka jangan sesekali keluar rumah. Bahaya! Untuk perlindungan yang maksima dapatkan pelitup muka yang memberikan perlindungan yang diperlukan di Watsons. Kesemua pelitup muka ini memiliki kadar Bacterial Filtration Efficiency (BFE) sehingga 98%.
Kesemua pelitup muka ini tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. Nice je bila pakai sebab ianya dihasilkan menggunakan bahan berkualiti. Getah pun tak mudah putus.
Watsons handplaster
Hand plaster ni banyak kegunaanya. Ianya adalah antara essential need untuk setiap rumah. Kita tak tahu bila kita mahupun anggota keluarga akan cedera. Mungkin kerana jatuh basikal, jatuh tangan ataupun terhiris jari ketika memasak. Jadi beli dan simpan je dalam kotak kecemasan dirumah. Tak rugi pun.
Salonpass & Panadol
Bagi korang yang kerap ada masalah sakit-sakit badan dan pening kepala, sila make sure korang stock up kedua-dua barangan ini di Watsons.
Salonpass ni sesuai untuk korang yang selalu sakit badan. Ye la! Kadang tu tersalah posisi tidur, terlebih kerja, siap angkat barang berat-berat. Memang sakit la pinggang dan badan. Ada Salonpass senang. Tampal-tampal je, esok bangun tidur dah okay.
Bukan itu sahaja, sakit kepala pun tak boleh dibuat main ye, kadang tu berdenyut lain macam. Bila dah ada panadol dirumah kan senang. Tak perlu keluar lagi.
ENO & Gaviscon
Disamping itu, jangan lupa untuk beli ENO dan Gaviscon. Kedua-dua produk ni baik untuk masalah penghadaman dan pedih hulu hati. Ye la, bila dah duduk rumah, posibility kita terlebih makan agak tinggi. Kalau ada kedua-dua produk ni tak la risau sangat. Incase, adik kita perut kembung boleh bagi ENO, kalau ayah pulak kena pedih ulu hati lepas makan pedas, boleh bagi Gaviscon. Settle masalah.
Vitamin C
Namun begitu untuk kekal sihat sejahtera, pengambilan Vitamin C perlu diamalkan. Pengambilan Vitamin C secara konsisten dapat menguatkan lagi sistem imunisasi tubuh badan. Korang boleh cuba Watsons Vitamin C plus Zinc & Nature’s Bounty Ester C 500mg. Kedua-dua produk ini mudah untuk di ambil kerana dalam bentuk kapsul dan harganya pun mampu milik.
Sepanjang PKP 3.0 dijalankan, korang jaga kesihatan mental dan fizikal, tau? Elakkan keluar rumah dan dapatkan segala barangan keperluan kesihatan korang secara dalam talian dengan Watsons.
Tambahan pula, sekarang korang boleh dapatkan semua barangan Watsons melalui aplikasi dalam telefon pintar korang. Muat turun aplikasi Watsons melalui Google play atau Apps Store dan shopping la sepuasnya tanpa perlu nak beratur panjang. Tak perlu nak dedahkan diri kita pada orang lain. Hanya shopping dari rumah sahaja#kitajagakita #WatsonsGetActiveChallenge.