berita

Bosan Duduk Rumah? Strim Je On Demand & Enjoy Program Menarik Sepanjang Ramadan Ini!

May 5th, 2020 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Nampaknya puasa tahun ni kita terpaksa duduk rumah je kan guys? Yelah, kita pun masih dalam tempoh PKP dan PKPB lagi. Tapi, bila dah lama sangat duduk kat rumah, bosan teruk wei kalau takde hiburan. Haa.. nasib baiklah boleh strim On Demand kat Astro!

Kalau korang nak tahu, banyak giler seleksi filem dan rancangan On Demand bertemakan Ramadan yang korang boleh nikmati sepanjang Ramadan ni tau. Rupanya servis On Demand adalah PERCUMA untuk semua pelanggan Astro. Berikut kami kongsikan beberapa filem dan siri menarik yang patut ada dalam list wajib strim korang.

1. Capharnaum

Filem ini mengisahkan tentang Zain, seorang anak jalanan di Beirut yang baru berusia 12 tahun. Kini dia sedang menjalani hukuman selama lima tahun di Penjara Juvana Lebanon. Zain dulu tinggal bersama ibu bapanya di sebuah flat kecil dan perlu berkongsi katil dengan tujuh adik beradiknya.

Sehinggalah pada satu hari, Zain melarikan diri selepas ibu bapanya menjual adik perempuan Zain yang berusia 11 tahun. Kini, Zain mahu mengambil tindakan undang-udang terhadap kedua-dua ibu bapanya kerana melahirkan dan membesarkannya dalam kemiskinan. Filem yang dibintangi oleh Zain Al Rafeea dan Yordanos Shiferaw ini pernah merangkul Anugerah Khas Juri di Festival Filem Cannes.

Filem Capharnaum ini hanya tersedia secara ekslusif di On Demand.

2. Latitude 6

Ton bekerja di sebuah bank di Bangkok. Apabila dipindahkan ke sebuah cawangan di Pattani, dia telah ditangkap di Selatan Thailand. Ton kemudiannya jatuh cinta begitu cepat dengan Fa. Tapi, Fa adalah seorang Muslim dan bapanya tidak merestui hubungan mereka. Pada masa sama, ada dua lelaki Muslim cuba bersaing untuk memenangi hati seorang gadis bukan Islam.

Latar belakang filem ini penuh dengan sorotan ancaman pengeboman dan pemberontakan yang kerap berlaku dan semakin tragis di selatan Thailand. Filem yang dibintangi oleh Chinaradi Anupongphichart ini dikatakan cuba membetulkan persepsi salah mengenai tiga wilayah selatan Thailand yang terletak 6 darjah di selatan khatulistiwa.

Filem Latitude 6 ini hanya tersedia secara ekslusif di On Demand.

3. Harim di Tanah Haram

Dibintangi oleh Irwansyah dan Sylvia Fullyari, filem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Qia yang dari kecil hingga dewasa sering menghadapi masalah dalam hidupnya. Dia mengahwini lelaki yang kejam dan kemudian ditipu bekerja sebagai pelacur. Masihkah Qia mempunyai harapan untuk mencapai kebahagiaan hidupnya?

Filem Harim di Tanah Haram hanya tersedia secara ekslusif di On Demand.

4. Kalam Kalam Langit

Pemuda bernama Jafar bercita-cita memenangi Musabaqah Tilawatil Quran (MTQ) dan dia hampir mencapai impian apabila diterima masuk ke sekolah agama berasrama. Namun, dia dilarang menyertai MTQ oleh ayahnya yang risau bahawa MTQ bertentangan dengan ajaran Islam. Filem yang dibintangi oleh Dimas Seto, Meriza Febriani, Elyzia Mulachela dan Ibnu Jamil ini sudah ditayangkan di 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.

Filem Kalam Kalam Langit hanya tersedia secara ekslusif di On Demand.

5. 30 Hari Puasa

Drama 30 Hari Puasa ini dibintangi oleh Tony Eusoff, Razak Ahmad dan Sherie Merli. Sebuah kisah di mana watak Terry dikatakan turut serta mengerjakan ibadah puasa bersama keluarga tuan rumah yang disewanya setelah terlibat dengan musibah banjir. Drama ni ada 30 episod tau, tapi kami difahamkan korang boleh strim habis semua episod dalam satu hari je!

6. Mail & Sudin Sambut Ramadan

Drama 20 episod ni pulak hasil lakonan Remy Ishak, Shuib Sepahtu dan Sari Yanti. Ia mengisahkan tentang Ismail dan Sudin yang merupakan samseng di kampung mereka. Ismail dan Sudin memusuhi sesama sendiri dan menyukai gadis yang sama iaitu Mawar. Korang boleh strim semua episod sekaligus kat On Demand tau.

7. Upin & Ipin Ramadan

Bukan je kanak-kanak, orang dewasa pun suka dengan rancangan animasi nombor 1 Malaysia ni. Kalau korang nak tahu, episod terbaru kali ni ada banyak babak-babak yang mengimbau kenangan persiapan menyambut lebaran di kampung halaman. Contohnya ada babak Upin, Ipin dan kawan-kawan mengacau makanan tradisi dodol.

Lagi syok, raya Upin dan Ipin tahun ni lebih meriah sebab dengar kata saudara mara Opah pun ada datang meraikan raya bersama mereka. Siapa saudara mara Opah tu? Pernah tak korang tengok mereka muncul dalam episod sebelum ini? Kalau nak tahu kenalah tonton episod raya terbaru Upin dan Ipin iaitu ‘Tibanya Syawal’.

Indahkan Ramadan dengan pelbagai seleksi rancangan di On Demand!

Haa.. amacam guys, mesti korang sekeluarga dah tak sabar nak layan pelbagai siri dan filem menarik secara PERCUMA sepanjang Ramadan ni kan? Caranya senang je! Sambungkan PVR Box korang ke Wi-Fi, kemudian tekan butang ‘Home’ pada remote Astro dan strim On Demand terus di PVR Box pada bila-bila masa.

Bagi yang tak tahu macam mana nak sambungkan PVR Box ke Wi-Fi, korang boleh ikut langkah-langkah mudah macam yang ditunjukkan dalam video dekat bawah ni.

Korang juga boleh strim melalui aplikasi Astro GO tau, download je kat sini dan hubungkan akaun Astro korang dengan mengikuti langkah-langkah dalam video dibawah. Selamat menonton dan selamat berpuasa semuanya!

#IndahkanSenyuman #EratkanJalinan

SKIP THIS AD ×