berita

Bosan Kerja Di Rumah? Korang Boleh Cuba 5 Cara Terbaru Ini Untuk Hilangkan Stres!

August 13th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Siapa kat sini yang buat kerja di rumah sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi? Bagi mencegah penularan wabak Covid-19, lagi selamat buat kerja di rumah. Ini pun untuk kebaikan korang jugak.

Lama-lama kerja di rumah, rasa bosan jugak. Stres apatah lagi, tak boleh bawak bincang langsung. Tapi kami dah jumpa cara terbaru untuk hilangkan stres sewaktu kerja di rumah. Korang pun boleh cuba sebab senang je!

Zumba di rumah bersama keluarga

Kredit: istockphoto.com

Zumba ni salah satu aktiviti senaman yang simple tapi seronok. Lepas buat kerja tu, ajak keluarga korang di rumah untuk zumba bersama. Mainkan muzik yang tengah trending sekarang. Memang seronok la.

Reka kraftangan yang kreatif & menarik

Kredit: prihatinspanco.com.my

Kalau korang sukakan kreativiti, boleh cuba beberapa aktiviti kraftangan seperti menjahit, menggubah bunga, mengait dan sebagainya. Banyak je idea kraftangan yang menarik di internet. Lepas siap, mesti puas hati!

Bercucuk tanam secara hidroponik

Kredit: Wolipop – Detikcom

Pernah dengar tentang tanaman secara hidroponik? Ramai dah mula buat aktiviti ni di rumah sekarang. Aktiviti ni sangat mudah sebab tak guna banyak tanah pun. Tanaman hijau ni sebagai terapi untuk hilangkan stres jugak.

Memasak atau membakar kek dengan resipi baru

Kredit: Bake

Setiap kali buat kerja mesti lapar kan? Kalau hari-hari buat menu sama, bosan jugak. Apa kata korang asah bakat korang untuk memasak atau membakar kek? Boleh cuba resipi-resipi baru di internet. Buat sendiri lagi puas!

Mandi dengan air hangat, lega gila beb!

Kredit: Tribun Travel – Tribunnews.com

Korang nak rasa lega lepas buat kerja di rumah? Mandi la dengan air yang hangat. Korang akan rasa segar dan lega. Stres setelah seharian bekerja pun boleh hilang tau!

Kalau korang tengah cari sabun mandian terbaik untuk basmi bakteria, apa kata korang cuba sabun mandian Lux yang baru ni? Semestinya sabun mandian yang tepat pada waktu sekarang!

Lindungi kulit dengan haruman mewah bersama Lux Purifying Range terbaru!

Lux memang terkenal dengan haruman sabun mandiannya yang mewah dan memikat. Dari dulu sampai sekarang, Lux dah jadi sabun mandian ikonik yang digemari ramai wanita.

Sekarang Lux dah keluarkan sabun mandian terbaru, Lux Purifying Range! Bukan setakat haruman mewah, ia membantu membasmi 99.9% bakteria. Sememangnya sabun mandian yang melindungi dan memanjakan kulit.

Tampil dengan dua varian bersama ekstrak Teh Hijau

Lux Purifying Range didatangkan dalam dua varian, iaitu Red Shiso & Hibiscus dan Moringa & Echinacea. Kedua-duanya diformulasikan dengan ekstrak Teh Hijau untuk membasmi bakteria. Kulit korang akan lebih bersih, terlindung, malah tetap wangi!

Jom lindungi kulit badan dan kekalkan haruman mewah bersama Lux Purifying Range!

Untuk info lebih lanjut, korang klik sini je.

SKIP THIS AD ×