berita

‘Boyband’ Da Unknown Mahu ‘Jual’ Bakat Nyanyian, Bukan Paras Rupa

March 30th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Tak dinafikan, selepas kejayaan single pertama berjudul Jangan Marah (Baby Sayang) di YouTube, ‘boyband’ Da Unknown kini semakin dikenali ramai terutamanya dalam kalangan remaja.

‘Kami fokus nyanyian, tak ada lah rupa je’

Da Unknown adalah sebuah kumpulan yang terdiri daripada empat remaja berbakat berusia awal 20-an iaitu Izmeer, Ameer, Zaq dan Zoffri. Difahamkan, pada awalnya Da Unknown mempunyai lima ahli namun disebabkan beberapa faktor, mereka kini memiliki empat ahli termasuk seorang ahli baharu iaitu Zoffri.

Bukan hanya memiliki wajah yang kacak dan bergaya, keempat-empat anak muda ini mempunyai bakat dan personaliti yang luar biasa.

Ketika ditemui OhBulan!, Ameer memberitahu bahawa dia mahu Da Unknown dikenali kerana bakat dan karya mereka dalam bidang nyanyian dan bukan hanya kerana paras rupa.

Kalau ikutkan saya, saya mahu keluarkan seni dan karya daripada muzik dan bukannya rupa. Nanti orang akan cakap, diorang ni ada rupa je tapi tak boleh menyanyi. Kami tak nak macam tu. Kami sebagai kumpulan vokal yang menyanyi semua, nak betul-betul tunjukkan kebolehan kami dalam bidang nyanyian. Kami fokus nyanyian, tak ada lah rupa je.

Apabila ditanya mengenai persediaan mereka untuk meningkatkan vokal, Ameer berkata sebelum ini Da Unknown mempunyai guru vokal namun buat masa ini, tidak ada lagi memandangkan kesemua ahli kumpulan sibuk dengan tugasan mereka sebagai seorang pelajar.

Kita akan gunakan kelas vokal bila nak buat lagu ke atau apa-apa event.

Da Unknown ditemui di majlis berbuka puasa Universal Music Malaysia bersama pelajar tahfiz Darus Syabab di Hotel Royal Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Sebagai info, Da Unknown tampil dengan single ketiga bertajuk Cinta Hati dan muzik video sudah boleh ditonton di YouTube sejak 25 November lalu.

SKIP THIS AD ×