Inisiatif kerajaan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 merupakan satu inisiatif yang sangat baik dalam membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Artikel Berkaitan: Bayaran Bantuan Prihatin 2.0 Akan Dikreditkan Mulai Hujung Oktober
Terkini, bayaran BPN 2.0 akan mula dikreditkan secara berperingkat bermula 26 Oktober ini.
10.6 juta penerima
Gambar sekadar hiasan
Bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM 7 bilion akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima sedia ada secara berperingkat bermula 26 Oktober ini.
Pecahan bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM4.8 bilion bagi kategori pertama penerima adalah isi rumah B40 yang akan menerima RM1,000 sementara RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang. Untuk kumpulan ketiga adalah 1.4 juta isi rumah M40 yang akan menerima RM600 sementara 1.7 juta kumpulan M40 bujang akan menerima RM300.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, bayaran BPN ini akan dibayar secara ansuran iaitu pada hujung Oktober dan keduanya pada Januari 2021.
Jadual pembayaran
Infografik: Irujukan
Cara permohonan rayuan
Gambar sekadar hiasan
Pemohon boleh membuat permohonan BPN 2.0 menerusi laman web Lembaga Hasil atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Bagi permohonan rayuan BPN ini boleh dimohon bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Permohonan ini dibuka kepada golongan yang belum pernah menerima BPN sebelum ini, termasuk golongan yang terjejas akibat penularan Covid-19. Bagi proses rayuan yang telah diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2021.
Sumber: Bernama