berita

BTS Kini Duta Global Coway! Siap Ajak Korang Untuk Dapatkan Tidur Yang Lebih Sihat Lagi!

June 21st, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Siapa je yang tak kenal artis BTS, artist of the year yang hangat diperkatakan diseluruh dunia ni kan? BTS telah mendominasi dunia, lagi-lagi dengan album mereka yang baru dikeluarkan! Mana-mana pergi semuanya BTS dan tak kurang juga pelbagai brand yang mengambil mereka sebagai duta global seperti McD, Louis Vuitton dan Samsung.

Dan kini Coway juga menjadikan BTS sebagai duta mereka yang terbaru! Wahhh! Bukan itu sahaja, mereka juga mengajak untuk korang ni mendapatkan tidur yang lebih lena sebab…

BTS menjadi duta untuk Coway PRIME Series Mattress!

Wahhh, lepas ni korang boleh dapat katil yang sama dengan yang BTS guna lah kan? Syoknyaa!

Menurut Pengarah Urusan Coway, Kyle Choi, Kolaborasi BTS dengan Coway ni  boleh meningkatkan kegembiraan untuk pelanggan mereka disamping meningkatkan pasaran global.

“Bersama-sama BTS, Coway ingin menawarkan rakyat Malaysia ‘Life-Changing Journey’ untuk hidup yang lebih happy dan sihat!”

Lepas ni korang akan nampak BTS dekat iklan Coway! Fuh get ready ARMY sekalian!

Macam dalam video ni lah!

Lepas ni lagi banyak la video BTS korang boleh tengok! Bestnyaaa! Tak sabar!

Selain daripada meningkatkan kualiti tidur korang, harganya juga berpatutan tau! Tidur yang lena tu boleh dapat dengan hanya RM5 semalaman! Berbaloi sangat kan?

Bila dapat tidur lena, hari korang pun jadi lebih produktif! Terus semangat nak buat kerja tanpa ada rasa sakit pingang lah, sakit badan lah. Dengan Tilam PRIME Series ni, badan korang akan dapat rehat yang secukupnya, bila baring tu terus rasa macam diawangan!

Tidur lena dengan Coway PRIME Series sambil nikmati Servis Penjagaan Tilam 7  langkah daripada Coway ni!

Tak payah bingung nak cari orang untuk bersihkan tilam korang tu, sebab bila korang dapatkan Coway PRIME Series ni, korang berpeluang untuk dapatkan Servis Penjagaan Tilam 7-langkah daripada Coway! Jadi tilam korang akan lebih bersih dan hygenik! Tak lah gatal-gatal badan korang lepas ni. Habuk pun hilang.

Korang juga boleh subscribe pelan bulanan, penukaran topper selepas 3 tahun, percuma Servis Penjagaan Tilam 7-langkah daripada Coway untuk 5 tahun **tertakluk kepada terma dan syarat!

7 Langkah Penjagaan daripada Coway tu adalah:

  • Langkah 1: Pengukuran Tahap Kontiminasi 
  • Langkah 2: Pembersihkan Rangka Katil
  • Langkah 3: Pengelapan Rangka katil
  • Langkah 4: Pembersihan Bahagian Sisi
  • Langkah 5: Pembersihan tilam
  • Langkah 6: Penghalau Hama Habuk
  • Langkah 7: Pensterilan UV

Apa best feature tilam Coway PRIME Series ni?

  • Latex: Getah yang digunakan adalah 100% asli yang memberikan kedua-dua  kesimbangan yang baik dan juga membantu untuk menyokong tulang belakang dengan lebih baik.
  • Memory Foam: Ramai yang tahu tilam yang mempunyai memory foam, akan membentuk tilam tersebut mengikut bentuk badan korang, memberikan keselesaan yang maksima!
  • Fiber kelapa (Coconut Fibre): Berfungsi sebagai penyerap kelembapan disetiap lapisan tilam.
  • 5-zone pocket spring: Berfungsi untuk menampung pelbagai bentuk badan dan berat. Ia akan terbentuk mengikut lengkung badan seseorang itu. Ia juga mengurangkan pergerakan jadi korang tak la asyik terbangun kalau pasangan korang asyik bergerak je.
  • Anti-statik: Sebabkan tilam ni menggunakan fabrik interwoven dengan carbon threads, ia boleh mengurangkan tension korang dengan menyerap statik tersebut dan sebarkan ke udara!

Bukan itu sahaja, korang nak subscribe Coway Mattress Care Service sahaja pun boleh!

Nanti ada Homecare Technicians daripada Coway akan datang untuk bersihkan tilam korang tu walaupun bukan tilam Coway. Dan lagi best sebab mereka ni semua professional tau. Seronok je nanti tengok tilam bersih, tenang je minda korang tu.

Kalau korang amik skim penyewaan korang boleh dapatkan servis pembersihan tilam ni secara percuma selama 5 tahun! Manakala untuk pembelian terus pula korang boleh dapat 1 tahun servis pembersihan tilam percuma!

Memang sangat-sangat berbaloi sebab tilam pun best, tambahan pula dengan pembersihan tilam yang memang tiptop!

Dapatkan Coway PRIME Series ni sekarang! Klik SINI untuk maklumat lanjut!

 

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×