Sebut sahaja ujian imbasan bayi, mesti ramai yang teruja untuk mengetahui jantina dan wajah bayi comel masing-masing. Ibu bapa kebiasaannya memilih untuk membuat ujian imbasan secara 3D/4D. Namun, tidak ramai menyedari hakikat pentingnya detail scan untuk mengetahui perkembangan bayi di dalam kandungan. Detail scan ini juga dapat mengesan sekiranya anak mempunyai sebarang masalah.
Seperti perkongsian wanita ini, doktor mengesyaki anak menghadapi masalah buah pinggang ketika membuat detail scan pada 20 minggu kehamilan. Menurut doktor, buah pinggang anak sedikit membengkak.
5 kali detail scan
Day 317! HOW FAR DETAIL SCAN WILL SAVE YOU?
Saya start buat detail scan masa 20 weeks. Masa ni Fatih dah start tendang perut dan gender dia pun dah nampak masa ni. Doctor akan mula scan dari kepala, muka, tangan, jantung, perut, sampailah ke kaki. Semua aspek diambil kira. Alhamdulillah Fatih memang semuanya ok, sampailah…
Bila doktor scan kidney dia, doktor suspected something. Doktor nampak kidney dia ada sedikit membengkak (dilated kidneys atau nama scientific dia Bilateral Pyelactasis) jadi doctor terus buat surat untuk saya refer pakar di hospital. Berdasarkan input yang saya dapat dari kesemua doktor & pakar yang saya consult, dilated kidney ni actually quite common dalam baby lelaki. Selalunya akan detect kidney membengkak ni masa second trimester. Tapi kidney tu akan mengecil dengan sendirinya bila masuk third trimester (kidneys must be not more than 1 cm).
Detail scan sangat penting
There is no treatment for this. Hanya close monitoring dan operation saja (if things got worse). Alhamdulillah, syukur kepada Allah.. During Fatih’s 4 months old. Doktor dah sahkan yang kidney Fatih betul-betul normal. No abnormality detected. Kencing dia pun ok, berat badan dia pun ok, minum susu pun makin banyak dah sekarang. So paediatrician kata there’s nothing to be worry about.
Apa yang saya nak emphasise kan kat sini. Detail scan sewaktu pregnancy sangat penting. Sebab dari detail scan lah kita boleh expect something normal/abnormal kat anak kita. Of course kita sebagai parents, kita nakkan yang terbaik untuk anak kita. So we must prepare everything, including financial, emotional & support.
To be honest, berat hati saya untuk terima keputusan doktor bila dia kata kidney Fatih problem masa mula-mula detail scan dulu. Tapi saya cuba untuk redha, sabar dan anggap kesemua ini adalah ujian. Suami dan family banyak sangat bagi support untuk saya supaya terus tabah. Masa pregnant juga, saya tak putus-putus berdoa dan banyakkan dengar/baca Al-Quran supaya Allah permudahkan urusan dan berikan petunjuk. Alhamdulillah syukur sebab semuanya berjalan dengan sangat smooth sekali. That’s more than enough. Now we are blessed with this kid. We are so grateful and couldn’t thank for more. In shaa Allah akn dijaga dengan sebaiknya amanah Allah ini.
Sumber : The Ashlana