Sering berkongsi tips rumah tangga dan kesihatan di media sosial, Dr Say Shazril meluahkan rasa terkejut setelah mendapat keputusan pemeriksaan kesihatan penuh miliknya, baru-baru ini.
Dah stage 2
Menurut Dr Say, dia telah menjalani ujian pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh pada 1 Januari yang lalu. Ternyata hasil ujian tersebut sangat mengejutkan dirinya. Ini kerana, buah pinggangnya disahkan mengalami sedikit kerosakan dan berada di tahap yang ke-2.
Kerosakan buah pinggang ni ada 5 stages. Stage 5 adalah End Stage Renal Failure yang mana ginjal gagal berfungsi dan seseorang itu memerlukan pertukaran darah atau nama mediknya dialisis. To be honest ginjal saya dah ada kat Stage 2 masa medical checkup tahun 2021. Masa tu it was 70% functional. Tahun 2022 ni, ginjal saya sihat sikit naik kepada 81% tapi ia masih di stage 2.
Tambah Dr Say, dia juga mengalami pendarahan sewaktu membuang air kecil. Bagi merawat masalah yang dihidapi, Dr Say dipercayai akan berjumpa dengan pakar buah pinggang untuk tindakan selanjutnya.
Pasal air kencing berdarah tu, bukannya tiap-tiap kali saya buang air, urine saya warna macam sirap pekat tu, idokkk. Cuma bila test urine tu terjumpa sel darah merah. “Apa maksudnya doc?”. Boleh jadi ada batu kat ginjal atau jangkitan air kencing.
Pelbagai faktor buah pinggang rosak
Menjawab soalan netizen mengenai sebab kerosakkan buah pinggang, Dr Say memberitahu kencing manis dan ‘hypertension’ merupakan salah satu penyebab utama. Di samping itu, genetik, masalah saluran kencing, supplement dan lain-lain turut menyebabkan buah pinggang seseorang individu itu mudah rosak.
Kesimpulannya walaupun saya seorang doktor, saya hanyalah manusia biasa yang tak kebal kepada apa jua penyakit. Yang penting kita acknowledge penyakit kita dan bertindak ke atasnya rather than berserah kepadanya. Thank u sesangat atas doa kalian. Moga kesihatan kita semua terpelihara hendaknya.
Sumber: Dr Say Shazril