berita

‘Buang Hidung, Belah Lidah & Tatu Di Bola Mata’- Lelaki Ini Berkorban Demi ‘Wajah Idaman’

November 17th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Walaupun kelihatan pelik dan aneh, lelaki ini yang dikenali sebagai Anthony Loffredo sanggup mengubah rupanya menjadi makhluk asing yang berwarna hitam.

Bayangkan lelaki berasal dari Perancis ini sanggup terbang ke Barcelona semata-mata untuk menjalani transfomasi ini memandangkan aktiviti itu tidak diiktiraf di negaranya.

Mendapatkan khidmat pakar di Barcelona

Dia mendapatkan bantuan khidmat individu bernama Oscar Marquez di Barcelona yang cukup popular dalam aktiviti tatu pelik dan aneh. Anthony Loffredo juga sanggup membuat pembedahan membuang hidungnya selain dari menjalani pengubahsuaian lain yang menyakitkan.

Pembedahan ekstrem itu mengakibatkan dia mempunyai lubang besar pada wajahnya.Dalam pembedahan lain, Loffredo membuang kedua-dua telinganya, malah membelah lidah serta mencacah tatu pada bola matanya walaupun berisiko menjadi buta. Malah, Loffredo memasukkan implan pada kulit untuk menampakkan hasil benjolan.

Saya suka rupa baru saya

Dalam wawancara 2017 dengan akhbar Perancis Midi Libre, menurut Anthony Loffredo dia tidak pernah menyesal mengubah penampilan wajah kacaknya kepada makhluk asing yang diidamkannya.

Saya mendapat idea ini ketika menjadi pengawal keselamatan. Saya menyedari saya tidak akan menjalani hidup seperti yang saya mahukan. Meskipun ianya tidak sesuai, namun saya tetap akan teruskan kerana saya suka dengan rupa baru saya.

Terima kasih kepada Oscarmarquezbodymod yang mengubah hidup saya. Sekarang saya boleh berjalan dengan penuh bangga. Saya bangga dengan apa yang kita lakukan bersama.

Anthony Loffredo turut berkongsi foto terbaru dirinya dengan tatu, implan kepala dan tindikan yang aneh. Dia memaklumkan kepada pengikutnya bahawa perubahan aliennya sudah 10% selesai.

Sumber : RealtimeKenyanews

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×