berita

Buang Semua Foto Tak Bertudung, Raja Azmi Mahu ‘Pergi’ Seperti Sharifah Aini

July 9th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-09 at 1.50.32 PM

Pemergian biduanita negara Datuk Sharifah Aini pada 5 Julai yang lalu bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga terdekatnya, tetapi turut terkesan di hati rakan-rakan selebriti yang lain.

Dek kerana itu, penerbit filem terkenal, Raja Azmi bertindak untuk memadam lebih 300 keping gambar-gambar lamanya yang tidak bertudung semata-mata mahu meninggal dunia dalam keadaan yang tenang seperti Allahyarham Sharifah Aini.

Menerusi laporan mStar Online, Raja Azmi memberitahu bahawa dia mula membuang semua foto-foto tersebut kerana merasakan ia tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada umum.

Screen Shot 2014-07-09 at 1.55.29 PMRaja Azmi turut berkongsi kesedihan ke atas pemergian Allahyarham Sharifah Aini di Instagram

“Saya lihat pemergian Allahyarham Sharifah Aini Ahad lalu sangat tenang dan di dalam keadaan yang dia sudah bersedia untuk menemui tuhan. Allahyarham meninggal dalam bulan Ramadan dan Allah permudahkan segala urusan kematiannya, dia juga bertuah mendapat anak yang soleh.

Alhamdulillah, saya rasa sangat tenang lepas membuang gambar-gambar tersebut, selepas bertudung ini saya banyak mencari apa yang tidak betul lagi dalam diri saya. Saya nampak Allah taala tunjuk satu persatu apa yang patut saya perbaiki bagi menjadi seorang insan yang lebih baik.”

Bagaimanapun, Raja Azmi tidak menghalang jika gambar-gambarnya yang tidak bertudung digunakan terutama oleh pihak media. Takpe, biar perlahan janji istiqamah.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×