Di Singapura, seorang ‘rider’ GrabFood disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Apa yang lebih menyedihkan apabila rider tersebut dikatakan terpaksa melakukan dua pekerjaan demi menyara keluarga dan isterinya yang sedang sakit.
Sara isteri sedang sakit
Menerusi laporan Straits Times Singapore, mangsa yang berumur 42 tahun terbabit dalam satu kemalangan jalan raya apabila motor yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori pengurusan sisa milik syarikat 800 Super. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Gambas Avenue menuju ke Woodlands Avenue 8 sekitar jam 11.50 pagi pada 20 Disember lalu.
Selain melakukan kerja sambilan sebagai penghantar makanan GrabFood, mangsa merupakan seorang pekerja di salah sebuah syarikat kejuruteraan elektronik di Singapura. Menurut sumber, mangsa dikatakan menjadi rider GrabFood bertujuan untuk menambah pendapatan memandangkan isterinya telah jatuh sakit sejak sebulan yang lalu dan tidak berdaya untuk bekerja.
Maut di tempat kejadian
Menurut jurucakap GrabFood, mereka turut bersedih dan berduka cita mengenai kemalangan yang menimpa mangsa. Pihak mereka juga sedang menghubungi keluarga mangsa untuk memberikan bantuan dan sokongan.
Sementara itu, menurut jurucakap 800 Super turut memaklumkan bahawa pihak mereka tidak dapat memberikan sebarang maklumat lanjut memandangkan siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan oleh pihak polis.
Menurut Singapore Civil Defence Force (SCDF) berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.
Sumber: Straits Times Singapore, New Straits Times