berita

‘Buat Amal Perlu Ikhlas’ – Aeril Zafrel Dituduh Menunjuk Bayar Zakat Setiap Bulan

June 18th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon kacak, Aeril Zafrel meluahkan rasa terkilan apabila segelintir masyarakat bersangka buruk mengenai niatnya membayar zakat baru-baru ini. Menurut Aeril, jika seseorang tidak mampu mendoakan kebaikan orang lain, mereka tidak perlu menyebarkan kebencian.

Setiap bulan beri zakat

https://www.instagram.com/p/CBcd-mQgxfR/

Sebelum ini, Aeril Zafrel memuat naik satu posting di mana dia menjalankan tanggungjawabnya untuk membayar zakat. Tambahnya, dia akan melakukan perkara tersebut setiap bulan jika dibandingkan sebelum ini iaitu setahun sekali. Aeril turut berharap kesemua individu yang menjalankan perniagaan dapat melakukan perkara yang sama seperti dirinya.

Mengingatkan kepada mereka

Terbaru, dia terkilan terhadap segelintir masyarakat yang suka bersangka buruk mengenai niatnya. Aeril turut berkata, niatnya hanyalah untuk menggalakkan para peniaga memberi zakat kepada golongan yang memerlukan. Hal tersebut, secara tidak langsung dapat membantu mereka yang berada dalam keadaan susah. Ujarnya lagi, hanya Allah sahaja yang mengetahui niatnya.

Melihat di ruangan komen, segelintir netizen menasihati Aeril agar tidak menunjuk jika dia ingin melakukan kebaikan. Di samping itu, mereka berharap niatnya itu bukan untuk meraih pujian.

Sumber: Aeril Zafrel

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×