Rezeki pelakon Anna Jobling makin mencurah-curah selepas fenomena drama Melur Untuk Firdaus bersama aktor Meerqeen.
Sedang nama meningkat naik, muncul pula seorang pelakon wanita yang didakwa bercakap buruk tentang Anna.
Artikel Berkaitan: Netizen Biadab Gelar Ibu Sebagai Bibik, Anna Jobling Respon; ‘Jangan Ganggu Keluarga Saya!’
Tak kacau rezeki orang
Ketika ditemui OhBulan!, Anna tenang menjawab kontroversi yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.
Kata aktres berumur 22 tahun ini, dia enggan serabut kepala dengan isu tersebut kerana dia percaya rezeki tidak pernah salah alamat.
Saya tak kacau sesiapa pun, kenapa nak kacau saya? Buat apa nak dengki dengan orang?
Saya tahu perkara ini daripada peminat. Setahu saya, sepanjang berlakon dan masuk dalam dunia seni, saya tak pernah nak kacau atau ganggu periuk nasi orang lain.
Bagi saya, rezeki setiap orang berbeza dan tak akan pernah salah alamat. Konsepnya mudah, saya akan persetankan dan jauhi individu toksik seperti itu.
Anna ditemui usai pementasan pertama teater Maduku Terpaling Kalut di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya (PJPAC), 1 Utama, pada Jumaat.
Teater Maduku Terpaling Kalut merupakan sebuah teater yang berkonsepkan ‘farce comedy’ dengan sentuhan komedi yang diterbitkan oleh Mask Team dan diarahkan oleh Azhar Zainal.
Selain Anna Jobling, teater ini Maduku Terpaling Kalut turut dijayakan oleh Azrel Ismail, Puteri Sarah, Syafiq Naser, Aya Amirudin dan Curly Jow.
Jadi diri sendiri
Ditanya sama ada pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman akan bersemuka dengan pelakon berumur 25 tahun itu, jawapannya tidak!
Saya takkan merendahkan diri ke tahap sebegitu. Saya akan terus bekerja kuat, berfikiran positif dan sibuk dengan hal sendiri. Semakin anda dengki dengan orang, semakin sikit rezeki anda.
Kalau saya berjumpa dengan dia selepas ini, saya akan tetap menjadi diri sendiri. Jika anda dengki dengan saya, itu masalah anda, bukan masalah saya.
Dalam pada itu, pelakon drama Ash & Aish mengakui terkejut kerana mereka pernah bekerjasama dalam satu naskah.
Saya memang terkejut apabila dapat tahu dia orangnya. Sebab saya tengok dia okey bila kami bersama di set. Tak tahulah pula perangainya begitu.
Saya baik-baik sahaja, saya ada peminat yang tak lelah menyokong. Itu yang saya mahu fokuskan.
Terdahulu, seorang pelakon wanita didakwa mempertikaian penampilan Anna yang dijemput menghadiri sebuah program hiburan.
Isu ini menjadi perbualan peminat dah penyokong Anna di laman Twitter.
Sumber: Instagram @annajobling