Foto: Tangkap layar
Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Amni Comel menjadikan platfom tersebut sebagai ruang buat orang ramai untuk bermain satu permainan yang dikenali sebagai Pop It Game. Jika diperhalusi secara kasar, pemilik platfom tersebut merupakan seorang kanak-kanak sekolah rendah berikutan nada suaranya yang begitu ‘halus’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Telefon Hilang Lebih 3 Hari, Rupa-Rupanya Dah Keras Dalam Peti Ais. Bila Ditanya…
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Menangis Tak Nak Main Telefon Lagi Lepas Tengok Mata Lebam
Artikel Berkaitan: ‘Adik Pergi Sekolah, Abang Yang Nangis’
Permainan mudah yang boleh disertai oleh netizen
Foto: Tangkap layar video
Permainannya cukup mudah, seseorang itu hanya perlu memberikan nombor yang diinginkan menerusi ruangan komen, kemudian kanak-kanak kecil ini akan membuat balingan dan guli itu akan memasuki lubang yang ada. Setelah guli tersebut dibaling, kanak-kanak ini akan mula membuat kiraan mengikut nombor yang diberikan.
Jika nombor yang diberikan sama dengan jumlah kiraan posisi guli itu, maka seseorang itu akan dikira sebagai pemenang. Namun, jika nombor tersebut kurang atau melebihi daripada jumlah asal seseorang itu akan dianggap kalah.
Sorry awak kalah, boleh cuba lagi nanti. Okayh bye.
Walaupun permainan tersebut dilihat begitu bersahaja namun, menenerusi ruangan komen ramai netizen yang ingin turut serta dan meminta kanak-kanak ini membuat balingan dan kiraan mengikut nombor yang diberikan.
Sehingga kini, kanak-kanak ini mempunyai seramai 17k pengikut dan berjaya memperoleh 150k tanda suka dalam tempoh sebulan sahaja.
Video penuh:
@amnicomeliReply to @qasehaufarania22 pop it? Dj Bahagia Slow Beat – DjKomangRimex
@amnicomeliReply to @dotsofthesun pop it? Dj Bahagia Slow Beat – DjKomangRimex
@amnicomeliReply to @_amir311 pop it? Dj Bahagia Slow Beat – DjKomangRimex
Saya pun nak join!
Sumber: Amni Comel