Foto: Tangkap layar video
Tidak dinafikan sesetengah kanak-kanak moden kini, ketagih terhadap telefon bimbit yang menawarkan pelbagai aplikasi yang berjaya menarik perhatian mereka.
Artikel Berkaitan:Anak-Anak Ketagih YouTube & Gajet 24 Jam? Ini Tips Kawal Ketagihan Melampau Dikongsi Ibu Bapa Prihatin
Bagaimanapun, ibu bapa sepatutnya mengawal perkara ini agar tidak memberikan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan kanak-kanak ini.
Ketagih main telefon bimbit
Foto: Tangkap layar video
Seperti video tular dikongsi oleh seorang ibu dikenali sebagai Nikiysaa di laman TikTok, menceritakan alternatif yang dilakukan olehnya bagi mengelakkan anak lelakinya daripada menjadi ketagih akan gajet-gajet ini.
Kisahnya bermula, apabila anaknya sedang nyenyak tidur dan dia bertindak ‘menconteng’ di bahagian mata anaknya dan ia seolah-olah memberikan kesan lebam terhadap kelopak mata anaknya itu.
Susulan daripada itu, anaknya yang baru sahaja bangun daripada tidur terus menangis setelah melihat matanya yang hitam akibat contengan ibunya. Apa yang lebih melucukan, apabila si ibu sempat menawarkan telefon bimbitnya kepada si anak namun, si anak kelihatan begitu ‘takut’ dan terus menangis. Aduh buat hal lah adik!
Video penuh:
@nikiysaa_acikk#CapCut anak korang mcm mana lockdown ni..? ni asyik nak tgk 24jam telefon…kn dah dpt tu.. trus taknak tgk tel lgi dah . #fyp?? Oh No – Kreepa
Bagus idea tu!
Sumber: Nikiysaa