berita

Buat Dialog Mak Leha ‘Gaduh’ Dengan Datin Hayati, Idea Kreatif Netizen Bikin Pecah Perut

August 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Siapa sini yang layan drama 7 Hari Mencintaiku? Mesti korang sakit hati tengok watak-watak antagonis dalam drama tu terutamanya watak Mak Leha. Betul tak?

Terbaru, penangan 7 Hari Mencintaiku ini telah membuatkan pengguna media sosial menggunakan idea kreatif mereka dengan ‘mencipta’ akaun Twitter beberapa watak dalam drama berkenaan. Siap buat dialog diorang ‘bergaduh’ lagi!

‘Pergaduhan’ Hayati dan Mak Leha

Menerusi tweet yang dikongsikan oleh Zylnazlklfi memaparkan beberapa watak utama dalam drama 7 Hari Mencintaiku antaranya ialah Mak Leha, Pak Samad, Datin Hayati, Khuzairi, Mia Adriana dan tidak ketinggalan watak yang dibenci iaitu Nurul Ain. Pengguna-pengguna Twitter ini telah mencipta perbualan dengan meniru dan menjiwai watak tersebut. Paling melucukan apabila Datin Hayati dan Mak Leha siap ‘perang mulut’ lagi di Twitter! Tak cukup dengan itu, Khuzairi turut masuk campur dalam perbualan mereka. Kreatif!

Nad pula masuk campur

Bukan itu sahaja, sesiapa sahaja yang membaca perbualan ini pasti akan mengikut intonasi yang digunakan oleh pelakon dalam drama berkenaan. Perkongsian itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan idea kreatif mereka.

Netizen terhibur

Sumber: Zylnazlklfi

SKIP THIS AD ×