berita

“Buat foodpanda Satu Keputusan Tepat” – Ikuti Kisah Bekas Juruterbang Yang Memberi Inspirasi Ini

November 25th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sememangnya membuatkan kehidupan kita bertukar 360 darjah. Ada yang diberhentikan kerja, kehilangan punca pendapatan dan terpaksa melakukan apa sahaja kerja demi menampung kehidupan.

Walaupun situasi ini benar-benar memberikan impak maksimum, tetapi ia tidak mematahkan semangat bekas juruterbang ini. Jom kami kongsikan kisah inspirasi Captain Khairul Anuar dalam menjalani kehidupan setelah bidang penerbangan mengalami situasi suram akibat wabak Covid-19.

Dari juruterbang, ke rider foodpanda!

Kredit: Youtube Channel : Zarul Umbrella

Tak pernah menyangka akan berdepan dengan situasi kini yang kehilangan punca pendapatan sejak bulan April tahun ini, membuatkan Captain Khairul Anuar nekad untuk terjun ke bidang penghantaran makanan sebagai rider foodpanda. Bayangkan, setelah 9 tahun menjadi juruterbang, dengan sekelip mata kehidupannya bertukar apabila diberikan cuti tanpa gaji. Awalnya, beliau sukar untuk menerima keadaan ini, tetapi memikirkan anak isteri yang perlu disara, beliau tak boleh duduk saja dan mencari apa saja peluang pekerjaan, asalkan halal.

Bagi Capt. Khairul, beliau dah cuba bermacam-macam jenis e-hailing dan servis penghantaran makanan, tetapi menjadi rider foodpanda merupakan keputusan yang paling tepat buatnya, memandangkan waktu kerja yang fleksibel dan sistem yang seakan sama dengan bidang penerbangan, sekaligus membuatkan beliau selesa untuk menjadi rider.

Kredit: Youtube Channel : Zarul Umbrella

Memanglah pendapatan yang diperolehi tak begitu mewah, tetapi ia cukup untuk menampung perbelanjaan rumah dan sekolah anak-anak. Selain itu, beliau juga ligat membuat bisnes online seperti menjual kambing perap, steak dan facemask untuk menjana pendapatan sampingan.

Menurutnya, keadaan sekarang memang sukar, tapi apa yang penting, kita kena selalu berfikiran positif dan percaya yang rezeki itu sentiasa ada sekiranya rajin berusaha. Memandangkan bidang penerbangan dijangka akan pulih sepenuhnya pada tahun 2024, Capt. Khairul berharap supaya suatu hari nanti, vaksin Covid-19 akan berjaya ditemui dan kehidupan akan kembali pulih seperti biasa.

Jom bantu rider-rider ini dengan pesan makanan melalui foodpanda!

Foodpanda says new regional payment scheme rewards efficient riders

Kredit: NST

foodpanda bukan lagi satu nama asing di negara kita. Sudah berada di Malaysia sejak 8 tahun lalu dan merupakan antara yang terawal dalam menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan secara atas talian, foodpanda juga menyediakan peluang pekerjaan kepada sesiapa saja, tambah-tambah pula dalam situasi ekonomi kita yang sangat terjejas ni.

Dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni, lebih baik untuk kita hadkan pergerakan dan pesan saja makanan melalui dalam talian. Oh ya, servis penghantaran foodpanda juga dah semakin meluas, di mana korang juga boleh memesan barangan keperluan seperti barangan runcit, kecantikan dan produk penjagaan bayi melalui pandamart. Antara rakan niaga mereka ialah Family Mart, 7 Eleven, S & J Co Gift Shop, Shell Select, Matahari, Petron, Alpro Pharmacy dan banyak lagi!

Apa tunggu lagi, muat turun aplikasi foodpanda atau layari laman web foodpanda untuk pelbagai pilihan makanan dan barangan yang tersedia. Yang penting, duduk je rumah dan tunggu pesanan korang sampai!

SKIP THIS AD ×