berita

Buat Insta Story & FB Live, Kali Ini GSC Betul-Betul Kecewa Dengan Penonton

April 26th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini wujud isu mengenai rakaman babak filem semasa tayangan sedang berlangsung di pawagam untuk perkongsian melalui media sosial oleh netizen. Masih ramai yang melakukan perkara ini walaupun sudah banyak larangan terhadap aktiviti tersebut diwar-warkan oleh pihak pawagam.

Terbaru, pihak Grand Screen Cinema (GSC) meluahkan rasa kecewa dan marah dari pihak mereka kerana masih ada lagi pihak yang tidak mematuhi larangan terbabit.

‘Berapa kali nak ingatkan merakam adalah diharamkan..’

Dalam status yang dimuatnaik melalui instastory milik akaun rasmi GSC itu, mereka telah pun menegaskan bahawa mereka telah memaparkan larangan berkenaan melalui media sosial, paparan notis sebelum tayangan bermula dan membuat video PSA bagi menyampaikan pesanan tersebut kepada penonton.

‘Macam mana kalau banyak filem tak masuk Malaysia sebab hilang kepercayaan..’

Mereka juga meluahkan rasa sakit hati dan kecewa dengan pihak yang suka melakukan perkara ini yang seolah-olah cuba merosakkan industri perfileman. Untuk pengetahuan korang, sesiapa yang ditangkap atas kesalahan ini boleh dijatuhi hukuman penjara maksima lima tahun penjara dan denda sehingga rm20k. Banyak tu!

Credit: gsc cinemas

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×