berita

Buat Lawak Buka Tudung & Baju Di Kelab Komedi, Siti Nuramira Didenda RM8,000

April 17th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Isu & Kontroversi

Siti Nuramira Abdullah, wanita yang membuat lawak jenaka dengan membuka tudung serta bajunya di sebuah kelab komedi didenda sebanyak RM8,000 selepas dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Artikel Berkaitan: Pelawak Wanita Hina Islam Mengaku Tidak Bersalah

Artikel Berkaitan: Ramai Yang Beri Sumbangan, Peguam Wanita Hina Islam Yakin Dapat RM20k

Boleh dipenjara jika gagal bayar denda

Memetik laporan Berita Harian, hukuman itu dibuat Hakim, N Priscilla Hemamalini selepas Siti menukar pengakuannya kepada bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, Siti bakal berdepan dengan hukuman penjara selama empat bulan.

Pada 13 Julai 2022, Siti dihadapkan ke mahkamah Siti kemudiannya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 298A(1)(a) KK iaitu perbuatan boleh menyebabkan suasana tidak harmoni di atas alasan agama antara orang yang menganut agama sama pada 13 Julai 2022.

Namun, pada 16 Mac yang lalu, Siti kemudiannya mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut sebelum peguam belanya, R Sivaraj, merayu agar anak guamnua itu layak mendapat hukuman ringan berbentuk denda kerana menjimatkan masa mahkamah serta adalah kesalahan pertama.

Tambah peguam itu lagi, anak guamnya ketika ini mahu kehidupan yang aman selepas melangsungkan perkahwinannya sekitar empat bulan yang lalu.

Siti juga mengambil keputusan untuk ‘menghilangkan’ diri daripada media sosial demi memastikan dirinya tidak terlibat mahupun mencetuskan sebarang kontroversi lagi.

Untuk info, Siti Nuramira direman serta dihadapkan ke mahkamah selepas berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan sengaja dan menyebut bahawa dirinya seorang wanita Muslim, menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum bertindak membuka tudung serta menanggalkan pakaiannya ketika membuat persembahan Restoran Crack House Comedy Club yang terletak Taman Tun Dr Ismail, Brickfields pada 4 Jun 2022, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK).

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×