Personaliti media sosial yang terdiri daripada tiga orang gadis kembar baru-baru ini membuatkan warganet terkejut gara-gara tidak mengenakan hijab ketika sesi siaran langsung di TikTok.
Ia berikutan sebelum ini mereka dilihat menjaga penampilan yang sopan dan menutup aurat.
Artikel Berkaitan: Netizen Terkejut TikTokers Kembar 3 Tampil ‘Free Hair’ Ketika ‘Live’ – ‘Biasa Pakai Tudung, Allahuakhbar Dunia Akhir Zaman’
Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Gesa Konsert Coldplay Dibatal, Netizen Ungkit Video Zumba & Isu Anak Menangis Di Kedai Makan
Buka mulut
Tidak berdiam diri, mereka kemudian memuat naik video di TikTok dan berkongsi petikan kata-kata (quotes) di ruangan kapsyen mengenai hubungan antara manusia selepas mereka dihujani dengan kecaman.
“Kalau nak tahu keburukan kami, tanyalah orang-orang yang membenci kami. Kalau nak tanya tentang kebaikan kami tanyalah orang-orang yang sayang kami.
Hakikatnya pendapat kita semua berbeza-beza antara manusia. Tapi yang paling penting adalah siapa kita di mata Allah.
Ukhuwah ni ibarat tasbih, ada permulaan, tak akan ada pengakhiran. Maka peliharalah sahabat-sahabat kalian selagi ada begitu juga keluarga kita”
Dalam pada itu, kembar tersebut juga menyelar tindakan segelintir warganet yang didakwa suka menghukum kesalahan orang lain dan tidak pernah memohon maaf.
Jaga mulut, lidah tu lagi tajam dari pedang. Berapa banyak dah korang sakitkan hati orang lepas tu rasa diri korang lagi betul. Minta maaf tak pernah pun.
Dosa dengan Allah SWT, kita mohon ampun dengan Allah insyaAllah Allah boleh maafkan, tetapi dosa dengan manusia wajib mohon maaf kerana takut ia menyekat diri untuk ke syurga.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati mereka supaya bersabar dengan cemuhan yang dilemparkan dan berdoa agar mereka kekal istiqamah.
@3riplet_hisham “Kalau nak tahu keburukan kami, tanyalah orang-orang yang membenci kami. Kalau nak tanya tentang kebaikan kami tanyalah orang-orang yang sayang kami. Hakikatnya pendapat kita semua berbeza-beza antara manusia. Tapi yang paling penting adalah siapa kita di mata Allah. Ukhuwah ni ibarat tasbih, ada permulaan, tak akan ada pengakhiran. Maka peliharalah sahabat-sahabat kalian selagi ada begitu juga keluarga kita” Jaga mulut, lidah tu lagi tajam dari pedang. Berapa banyak dah korang sakitkan hati orang lepas tu rasa diri korang lagi betul. Mintak maaf tak pernah pun. Dosa dengan Allah SWT, kita mohon ampun dengan Allah insya-Allah Allah boleh maafkan, tetapi Dosa dengan Manusia wajib mohon maaf kerana takut ia menyekat diri untuk ke syurga. #triplets #kembartiga #fyp #foryoupage #xyzbca #BatuPahat #Malaysia #tiktokmy #identicaltriplets #netizen #teguran #aurat
? Kingdanzz and FingerDanceMusic Remix Bow Bow Bow – FingerDanceMusic
Sumber: TikTok 3riplet Hisham