berita

Ramai Yang Beri Sumbangan, Peguam Wanita Hina Islam Yakin Dapat RM20k

July 18th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Gagal membayar wang jaminan yang ditetapkan oleh pihak mahkamah, pasangan kekasih yang didakwa atas tuduhan menghina Islam telah memohon dana awam. Menurut peguam, pasangan tersebut terpaksa menggunakan cara sedemikian ekoran tidak mampu bayar wang jaminan yang tinggi.

Artikel berkaitan: Pelawak Wanita Hina Islam Mengaku Tidak Bersalah

Artikel berkaitan : Jawi Siasat Video Wanita Buka Baju Separuh Bogel Yang Hina Islam

Artikel berkaitan : PU Amin Sedih Tengok Wanita Hina Agama Islam, Berani Buka Baju Selepas Mengaku Hafal 15 Juzuk Al-Quran

Terbaru, hasil sumbangan dana awam, pasangan itu dijangka mampu melunaskan wang jaminan, hari ini.

Akan capai RM20k?

Menurut peguam bela, R Sivaraj, setakat ini RM15 ribu telah berjaya dikumpul dan beliau yakin jumlah itu akan mencapai sehingga RM20 ribu seperti yang diperlukan.

Ramai yang memberi sumbangan dan ada yang menawarkan untuk membayar yuran guaman Siti Nuramira Abdullah.

Ujar Sivaraj lagi, pihaknya telah menghubungi penderma dari seluruh dunia yang berminat untuk membuat sumbangan terhadap perjuangan Siti Nuramira di sisi undang-undang.

Bayaran wang jaminan itu dijangka dibuat esok pada pukul 9 pagi.

Terdahulu, Sivaraj mengumumkan bahawa kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) akan membantu Siti Nuramira dan pasangannya, Alexander Navin Vijayachandran untuk mengumpul dana yang diperlukan. Siti Nuramira juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam ketika melakukan persembahan di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×