berita

Buat ‘Lawak’ Nak Beli Manchester United, Elon Musk Mengaku Cuma Bergurau

August 17th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Ciapan ‘saya akan beli Manchester United’ milik Elon Musk yang seolah-olah memberi sinar kepada kelab gergasi bola sepak Manchester United, ternyata hanya satu harapan palsu.

Lelaki terkaya dunia itu berkata, ciapan yang dihantar itu hanya semata-mata gurauan.

Hanya gurauan Twitter

Dalam satu ciapan balas, Musk yang ditanya sama ada dia benar-benar ingin membeli kelab itu, menjawab bahawa ianya hanyalah satu gurauan yang berpanjangan.

Tidak, ini adalah gurauan yang bersambung-sambung di Twitter. Saya tidak akan membeli mana-mana kelab sukan.

4 jam sebelum itu, Musk menciap bahawa dia ingin membeli kelab bola Manchester United, dan ciapan itu seolah-olah memberi harapan kepada peminat kelab berkenaan yang prestasi kini agak kurang memberangsangkan.

Susulan ciapan tersebut, ramai peminat kelab England itu mula menciap kepada Elon untuk benar-benar pertimbangkan hasrat membeli kelab tersebut.

Musk mempunyai reputasi penggunaan laman sosial Twitter yang sukar difahami, menjadikannya sukar untuk membezakan sama ada pemilik syarikat Tesla itu bergurau, ataupun serius.

Sebelum ini, Musk juga pernah menciap ingin membeli Coca-Cola.

Seterusnya, saya nak beli Coca-Cola dan letakkan kokain ke dalam minuman itu.

Manchester United adalah antara nama yang paling terkenal dalam dunia bola sepak, namun kini berada di dalam krisis selepas pemilik terkini, keluarga American Glazer digesa berundur ekoran prestasi buruk kelab itu.

Sumber: Reuters

SKIP THIS AD ×