berita

[VIDEO] Ciapan AG Coco Tentang Kekayaan & Kuasa Undang Spekulasi – ‘Saya Tak Suka Tengok Benda Tak Elok’

March 5th, 2024 | by Alia
Kini Trending

ag coco tweet

Penerbit muzik dan anggota kumpulan Hujan, AG Coco sebelum ini dilihat lantang bersuara di platform X sehingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan warganet.

Artikel Berkaitan: #AJL38: ‘Apa Amir Jahari Buat Semalam, Saya Tengok Ramai Yang Menangis’ – AG Coco

Artikel Berkaitan: ‘Dia Keluar Dating, Yang Jaga Bibik’ – Noh Salleh Dakwa Mizz Nina Punca Trauma, Sanggup Mati Nak Lindung Musa

Persepsi berbeza

ag coco tweet

Ketika ditemui OhBulan! AG Coco atau nama sebenarnya Mohd Hezry Mohd Hafidz menafikan dakwaan bahawa ciapan tersebut adalah berkaitan dengan kemelut yang sedang melanda vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh.

Biasa lah tu. Itu masing-masing punya persepsi.

Ramai orang kaya yang bermasalah, saya tak mahulah nak cakap siapa.

AG Coco berkata demikian ketika ditemui di sidang media Showcase Jiwa Kacau 2.0 yang berlangsung di Star Boulevard, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, komposer berusia 40 tahun tersebut menegaskan bahawa ciapan yang ditulis tidak ditujukan kepada sesiapa malah hanya meluahkan rasa kesal terhadap segelintir individu.

Tapi saya tak suka tengok benda-benda tak elok dan suarakan perkara itu..tak ada spesifik dekat siapa-siapa. Saya nampak ramai yang macam tu.

Terdahulu, bapa kepada seorang anak ini menzahirkan perasaan kurang senang terhadap golongan orang kaya yang mempunyai kuasa sehingga melakukan penganiayaan.

Dalam perkembagan lain, kumpulan Hujan bersama Bunkface, Kugiran Masdo, Insomniacks, Luqman Podolski serta band dari Indonesia, Nidji bakal mengadakan Showcase Jiwa Kacau 2.0 pada 22 Jun 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

SKIP THIS AD ×