berita

Syasya Pilih Kahwin Dari Dolla Jadi Pertikaian, Netizen ‘Back Up’ – Dia Pilih Jannah Daripada Dunia’

April 22nd, 2024 | by Alia
Kini Trending

Semalam industri hiburan dikejutkan dengan berita pernikahan bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal.

Bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang kurang senang terhadap keputusan mengejut yang dilakukan Syasya itu.

Artikel Berkaitan: Peminat Ucap Tahniah, Syasya Didakwa Sudah Bernikah?

Artikel Berkaitan: Kahwin Jadi Faktor Utama Syasya Undur Diri Daripada Dolla

Berubah ke arah kebaikan

Perkara itu diluahkan mereka menerusi ciapan di platform X. Namun terdapat seorang individu yang tampil menyelar kenyataan tersebut.

Menurut individu berkenaan, Syasya telah membuat tindakan yang betul kerana mendahulukan tuntutan agama dengan sanggup meninggalkan kerjayanya dalam bidang seni.

Saya tak tahu kenapa ada diantara mereka yang menyalahkan lelaki tersebut di atas keputusan Syasya meninggalkan kumpulan itu.

Perlu ingat dia seorang muslim dan ini adalah pilihan yang lebih baik untuknya. Kerjaya idolnya tak dapat memberi manfaat kepada agamanya.

Dia memilih jannah daripada dunia, yang terbaik untuk dirinya.

Dalam masa yang sama, ciapan itu meraih perhatian pengguna platform tersebut yang rata-rata bersetuju dengan individu berkenaan.

Paling pelik yang tak habis-habis sedih tanya dia kenapa keluar dari group. Suka ke tengok dia terus macam tu dengan menari pakai seksi-seksi? Sedih betul tengok sesetengah orang ni. Sepatutnya kita gembira dengan dia.

Korang tak suka ke tengok dia berubah? Kalau bukan sebab kahwin pun, dia tak boleh nak tinggalkan ke kalau dia nak berubah?

Orang tu beribadat, bukannya bermaksiat.

Terdahulu, pihak Universal Music Malaysia tampil mengesahkan bahawa Syasya telah selamat mendirikan rumah tangga pada Sabtu.

Pihak syarikat rakaman itu juga memaklumkan bahawa perkahwinan tersebut merupakan antara faktor utama Syasya meninggalkan Dolla.

Untuk info, sekitar awal bulan lalu, Syasya telah memaklumkan bahawa dia mengundurkan diri daripada kumpulan Dolla atas alasan peribadi.

Sumber: Platform X

SKIP THIS AD ×