Pelakon kacak, Redza Rosli, sering dikaitkan dengan cinta lokasi meskipun dirinya jarang terpalit dengan kontroversi buruk. Berikutan daripada itu, Redza berkata dia mahu mengelak daripada terpalit atau mencipta kontroversi berkaitan kisah cinta.
Artikel berkaitan: ‘Nak Jaga Hati Suami’ – Enggan Berlakon Dengan Redza Rosli, Ayda Jebat Nak Elak Fitnah
Serasi dalam drama
Gosip bersama beberapa pelakon wanita disebabkan keserasian dalam drama. Jujurnya, cinta lokasi tidak pernah wujud. Ia hanyalah tanggapan peminat yang terbawa-bawa dengan kisah cinta dalam drama.
Bagaimanapun, saya pula jenis fokus ketika bekerja. Jadi, memang keserasian wujud apabila bergandingan dengan mana-mana pelakon wanita. Lagipun, saya tak suka buat hal dan senang bekerjasama dengan semua orang.
Menurut Redza, dirinya masih solo, namun tidak pernah menolak kehadiran wanita dalam hidupnya.
Soal jodoh, mengapa kita mahu mendahului kehendak Allah. Saya memang tak tahu nak jawab dengan siapa akan berkahwin, itu kuasa Tuhan. Saya hanya berjalan mengikut arus. Bila sudah bersedia, saya akan berkongsi. Tetapi, sekarang saya hanya pergi dan pulang kerja. Saya percaya jodoh juga seperti rezeki.
Bertemu jodoh baik juga rezeki. Tetapi, buat masa ini, saya tidak memikirkan soal cinta dan wanita. Saya mahu fokus kepada karier dan utamakan keluarga. Sebab masa yang ada pun tidak lama, kita bukannya akan hidup selama-lamanya. Kita tak tahu apa yang akan terjadi walaupun 30 minit akan datang.
Tambah Redza lagi, dia percaya perancangan Allah adalah terbaik dan mahu memanfaatkan usia untuk berbakti kepada keluarga selain berazam memperbaiki diri.
Tahun baharu ini saya mahu jadikan kesilapan lalu sebagai pengalaman dan memperbaiki diri saya.
Sumber: Berita Harian