berita

‘Buat Masa Sekarang Aku Pilih Hujan Emas’ – Lana Nordin Seronok Bebas Tanpa Diskriminasi Di USA, Netizen Pula Tak Senang Duduk

September 21st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas pulang ke Amerika Syarikat (AS) minggu lalu, pelakon Lana Nordin sentiasa memastikan untuk mengemas kini Instagram (IG) miliknya bagi berkongsi aktiviti harian kepada peminat Malaysia.

Artikel Berkaitan: Bengang Terima Banyak Cacian & Hinaan, Lana Nordin Belanja Video ‘Bye Bye Bye’ Bukti Dah Sampai AS – ‘Tiada Sebarang Kabel, Ini Semua Kabel Allah’

Pilih hujan emas

Terbaru, Lana, 41, berkongsi kegembiraan mereka sekeluarga berkunjung ke Tampa Premium Outlets. Kata pemilik nama Mazlina Hasan Nordin, pengunjung di situ diberikan kebebasan sama ada untuk memakai pelitup muka mahupun tidak.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Lana juga menyatakan dia memilih ‘hujan emas’ sepertimana pepatah Melayu ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’.

Orang kata hujan emas negeri orang hujan batu negeri sendiri, tapi maaf ya quote korang bagi ni…buat masa sekarang ni, aku pilih hujan emas sebab dah lama tak dapat shopping macam ni…

Tak ada diskriminasi dan freedom of choice tu yang penting!

Rakyat Malaysia luah perasaan

Perkongsian yang dibuat itu menarik perhatian warganet untuk meninggalkan komen. Ruang media sosial pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim menjadi tempat segelintir rakyat Malaysia meluahkan keresahan dan ketidakpuasan hati masing-masing.

@shamdy09: Terima kasih Lana saya suka awak bagi tahu semua orang macam mana keadaan dekat sana… Sebab dekat Malaysia semuanya ditutup. Sedih tengok bergaduh ja hari-hari dorang ni.

@ssupzyla_: Dekat sini budak kecik semua tak boleh keluar. Kesian dorang terperuk ja dalam rumah.

@haifasabrina1: Tak faham kat Malaysia ni semua nak disekat.. Nak beli barang pun kena sekat.. Betul-betul tak faham.. Segala benda nak disekat tapi sama ja kes hari-hari.

Justeru, rata-ratanya meminta agar Lana terus berkongsi keadaan di sana selain mengingatkannya untuk menjaga keselamatan diri.

Terdahulu, nama Lana menjadi buah mulut netizen dan hangat diperkatakan kerana mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dia turut dituduh sebagai anti vaksin dan cuba menghasut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan vaksin Covid tersebut.

 

Sumber: Instagram @lananodinmckienzie

SKIP THIS AD ×