berita

‘Buat OST Bukan Macam Buat Album Sendiri’ – Altimet Kongsi Kisah Disebalik Pembikinan Lagu ‘Kita Jaga Kita’

December 2nd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sempena musim cuti persekolahan ini, ibu bapa pastinya tidak akan ketinggalan untuk membawa anak-anak ke panggung wayang bagi menonton filem-filem yang sedang ditayangkan. Mesti ramai yang dah tahu bahawa filem Ejen Ali The Movie merupakan salah satu filem animasi yang sedang ditayangkan di 160 pawagam seluruh Malaysia.

Filem yang sudah meraih kutipan 6 juta itu berjaya membuatkan netizen berbangga dengan hasil karya tempatan iaitu Primeworks Studios dan WAU Animation. Bahkan, menerusi Twitter Altimet, penyanyi lagu ‘Kita Jaga Kita’ filem tersebut, turut berkongsi pengalaman sewaktu menghasilkan lagu berkenaan dan memberikan ucapan tahniah buat semua yang telah menjayakan filem itu.

Buat lagu dari perspektif Andik

Menurut Altimet, sewaktu mesyuarat bersama pihak WAU Animation, dia telah memberikan satu demo lagu buat filem Ejen Ali. Namun, pihak WAU menyatakan lagu tersebut tidak sesuai dan mereka terpaksa mengkaji semula. Tambahnya, pihak WAU tidak mahu lagu berunsur antagonist.

Selepas berhempas pulas memikirkan idea, pihak WAU akhirnya menerima lagu yang dihasilkan iaitu ‘Kita Jaga Kita’. Altimet turut memberikan ucapa tahniah buat kesemua penerbit filem animasi tersebut termasuk pihak Media Prima yang memberikan kebenaran buat mereka menjadi sebahagian daripada filem tersebut.

Kita jaga kita

Buat korang yang belum tonton filem Ejen Ali, jom saksikan filem ini di pawagam berhampiran korang.

Sumber: Altimet

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×