berita

Buat ‘Part Time’ Tolong Mak Cik Kantin Meniaga Masa Rehat, Pelajar Ini Jadi Tumpuan

July 17th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Mempunyai minat yang mendalam terhadap ilmu perniagaan, seorang peajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Cheras, Kuala Lumpur, sanggup menghabiskan masa rehatnya, membantu seorang mak cik kantin berniaga.

Menerusi Facebook Redzwan Azizan, lelaki itu kongsi kisah pelajar berkenaan apabila dia melakukan kunjungan ke sekolah tersebut. Menurutnya, tidak ramai pelajar di Malaysia, mempunyai sikap seperti pelajar ini.

Praktis ilmu berniaga

Semasa kunjungan saya ke SMK Seri Bintang Utara tadi, saya jumpa situasi rare ni. Nama pendek pelajar ini ialah Hau. Dia sedang monolong mak cik kantin menjual roll dan ayam gunting. Apa yang rarenya? Hau sama dan tak sama dengan pelajar lain. Sama sebab semua pergi sekolah, semua dapat waktu rehat. Cuma tak sama sebab, dia ambil peluang masa rehatnya untuk melakukan aktiviti yang bermanfaat dan praktis ilmu berniaga. Waktu rehat digunakannya untuk bekerja dengan mak cik kantin.

Kerja part time ka?

Budak ni kerja part time dengan kakak ke? Tak la, dia volunteer. Dalam hati berkata, bagusnya pelajar itu. Kakak bagi dia upah? Tak la, dia yang nak tolong. Bapa dia kerja berniaga juga. Nanti kalau dia nak makan apa, dia just ambil saja ujar kakak kantin tersebut. Walaupun Hau orang cina, dia sanggup tolong mak cik Melayu. Dia turut peka dengan soal makanan sebab dia pakai glove dan serius dalam penyediaan makanan. Meskipun pelajar sebaya, senior dan junior beratur panjang, dia tenang menyiapkan pesanan dan kekal senyum. Akhir sekali, tidak ramai pelajar di Malaysia, yang ada sikap positif sebegini. Pengurusan masa, kemahiran interpersonal dan kemahiran berniaga dirinya juga dapat dipertigkatkan.

Sumber: Redzwan Azizan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×