Kumpulan K-Pop terkenal, Kiss Of Life bakal menggegarkan Kuala Lumpur dengan konsert jelajah dunia pertama mereka yang dinanti-nantikan oleh peminat seluruh dunia.
Kiss Of Life World Tour
Save the date! KISS OF LIFE 1ST WORLD TOUR [KISS ROAD] akan menemui peminat di Malaysia pada tanggal 13 April 2025, jam 5 petang bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Konsert yang dibawakan oleh TopGallant Show ini menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan, dipenuhi dengan muzik bertenaga, koreografi mantap, dan interaksi eksklusif bersama peminat.
Kiss Of Life yang terdiri daripada empat ahli iaitu Bella, Natty, Julie dan Haneul telah mencipta fenomena tersendiri sejak debut mereka pada tahun 2023.
Nama mereka membawa makna mendalam dengan misi untuk memberikan ‘nafas baharu’ kepada industri muzik dengan konsep yang segar dan seni yang asli.
Dengan lagu-lagu hits serta persembahan pentas yang penuh tenaga, mereka terus mendapat perhatian peminat di seluruh dunia. Lagu popular mereka, Sticky telah mendominasi carta muzik antarabangsa, termasuk berada dalam 10 Teratas Billboard World Digital Song Sales Chart dan mencapai No. 87 dalam Billboard 200 bagi pencapaian hebat
untuk kumpulan K-Pop.
Inspirasi mereka yang berakar dari kehidupan remaja dan dewasa menjadikan muzik mereka dekat di hati peminat, sekaligus memperkukuhkan status mereka dalam industri muzik global.
Selepas berjaya menghiburkan peminat dengan 35 persembahan di Korea Selatan, Amerika Utara dan Eropah, kini Kiss Of Life bersedia untuk menggemparkan pentas Asia.
Tiket sudah mula dijual
Para peminat mereka di Malaysia yang dikenali sebagai KISSY, pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat mereka secara langsung. Dengan visual yang memukau, koreografi yang bertenaga, dan peluang berinteraksi secara dekat, konsert ini dijamin menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan!
Tiket telah dijual bermula 15 Februari, jam 11 pagi melalui ticketingtix.com, ctrip.com, dan trip.com dengan harga RM798 (VIP, dengan akses Sound Check Party), RM668 (Kategori 1), RM538 (Kategori 2), RM438 (Kategori 3), dan RM338 (Kategori 4). Semua tiket adalah untuk tempat duduk, harga tiket tidak termasuk yuran pemprosesan dan yuran tempahan.
Setiap pembelian tiket turut disertakan dengan pelbagai keistimewaan buat peminat, termasuk satu Photocard dan akses eksklusif ke Goodbye Session untuk semua pemegang tiket.
Bagi peminat yang memilih VIP dan Kategori 1, mereka akan menerima Laminated Pass dan Lanyard eksklusif, sementara peminat dalam Kategori VIP, Kategori 1, Kategori 2, dan Kategori 3 berpeluang menyertai sesi bergambar berkumpulan serta cabutan poster bertandatangan.
Selain itu, barangan eksklusif rasmi KISS OF LIFE juga boleh ditempah lebih awal secara dalam talian atau dibeli terus di lokasi pada hari konsert.
Untuk maklumat lanjut, ikuti www.facebook.com/TopGallantShow dan www.instagram.com/topgallantshow.tgs