berita

Buat ‘Projek’ Di Bilik Kuarantin Covid-19, Polis Siasat Individu Sebar Video Di Media Sosial

January 27th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini viral di Indonesia apabila video aksi tidak senonoh satu pasangan di pusat kuarantin Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Dompu, Nusa Tenggara Barat tersebar di media sosial. Video ini menjadi bualan hangat netizen dan mendapat perhatian pihak polis untuk menyiasat lanjut kes ini. Difahamkan lelaki ini merupakan salah seorang anggota polis yang juga sedang dirawat di bilik kuarantin tersebut.

Aksi lucah di bilik kuarantin

Polis mengesyaki bahawa pelaku lelaki dalam video itu merupakan anggota yang tidak bertanggungjawab yang juga merupakan pesakit Covid-19 di hospital. Sementara itu, pasangan wanita itu adalah penduduk dari Bima, NTB. Perbuatan terkutuk itu didakwa dilakukan oleh pesakit Covid-19 di sebuah bilik pengasingan.

Menurut Ketua Polis Dompu, AKBP Syarif Hidayat, kedua-dua suspek boleh ditahan dalam perbuatan jenayah Undang-Undang Transaksi Maklumat dan Elektronik (ITE) yang berkaitan dengan kes video lucah. Dalam video berdurasi 1 minit 30 saat yang diambil dari rakaman CCTV hospital itu, pasangan itu dilihat melakukan hubungan intim di tempat tidur pesakit.

Ya, betul, kes itu berlaku di bilik pengasingan bagi pesakit Covid-19. Mengenai kes ini, kami telah melaporkannya kepada Polis Dompu.

Manakala, menurut Pengarah Hospital Dompu, Dr. Alief Firyasa Maulana, mengesahkan kejadian itu sememangnya berlaku di bilik pengasingan Hospital Dompu. Alief sudah mengenal pasti prilaku dalam video tersebut, namun, dia enggan memberitahu pihak media. Dia turut memberitahu bahawa lelaki dalam video tersebut adalah pesakit yang mengalami pengasingan sejak dimaklumkan positif Covid-19. Pengurusan hospital telah menyerahkan sepenuhnya kes video tersebut kepada polis. Data seperti rakaman kamera CCTV yang asli dan data peribadi pesakit juga telah dirampas oleh pegawai.

Kemungkinan kes dendam

Polis turut mencari orang yang merakam dan menyebarkan rakaman CCTV tersebut memandangkan bilik kawalan hanya boleh diakses oleh orang tertentu. Dalam pada itu, polis juga mengesyaki bahawa pihak tidak bertanggungjawab itu sengaja merakam aksi panas tersebut dan berniat ingin menyebarkannya di media sosial .

Seperti sengaja sebarkan dan kami akan menyiasat penyebar video dan orang yang menyimpan rakaman CCTV itu.

Polis juga beranggapan video ini disebarkan atas niat ‘dendam’ memandangkan salah seorang yang terlibat adalah anggota polis.

Lelaki dalam video itu didakwa sebagai anggota kami, dan orang yang berkenaan segera akan disiasat. Sementara itu, suspek wanita, kami akan segera meminta maklumat dirinya.

Video rakaman kamera CCTV dari hospital turut telah dirampas dan manakala data pesakit berkenaan telah dipadam bagi menutup aib mereka.

Sumber : Komsas

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×