Tanggungjawab seorang insan yang bergelar bapa adalah untuk menjaga, mendidik dan melindungi anak-anak. Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila seorang bapa tergamak merosakkan masa depan anaknya sendiri semata-mata mahu memuaskan nafsu kotornya itu. Kejam!
Ugut anak suruh tutup mulut
Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Gulf News, suspek yang berusia 44 tahun itu tergamak merogol anak kandungnya sejak kecil lagi di kediaman mereka yang terletak di Dubai. Lebih mengejutkan apabila kejadian tidak berperikemanusiaan ini bukan merupakan kali pertama dilakukan suspek malah dia sudah merogol anaknya yang baru berusia 16 tahun itu sebanyak 300 kali.
Menurut sumber, suspek mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan terkutuk itu ketika ketiadaan isterinya di rumah. Menurut sumber, mangsa terpaksa menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan ahli keluarga yang lain kerana bimbang dengan ugutan suspek.
Susulan daripada insiden itu, suspek telah dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun lima bulan atas kesalahannya dan suspek turut diperintahkan untuk melakukan kerja berat sepanjang tempoh hukuman. Malah, ketika hakim membacakan hukuman terhadapanya, suspek langsung tidak bergerak sebaliknya hanya mampu berdiri dan terdiam tanpa kata.
Sumber: Gulf News