berita

Buat Video Keburukan Produk Kurus, Kazim Elias Tegur Dr Rafidah – ‘Tolong Berhati-Hati Dalam Menulis & Content’

December 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah menerusi sebuah video di laman TikTok, tampil memberikan peringatan kepada orang ramai mengenai produk kurus yang semakin laris dijual di pasaran.

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Pesan Dr. Rafidah Jangan Suka-Suka Hati Panggil Orang Antivaksin

Artikel Berkaitan: Dr. Rafidah ‘Petik’ Golongan Antivaksin, Rita Rudaini Bersuara – ‘Tak Semestinya Belajar Tinggi Semuanya Bijak’

Artikel Berkaitan: ‘Nak Vaksin, Vaksinlah…Kenapa Nak Ada Paksaan’ – Rita Rudaini

Rita Rudaini bidas kenyataan

Menerusi video tersebut Dr Rafidah menjelaskan tiada jalan singkat bagi seseorang itu untuk menurunkan berat badan melainkan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pada masa yang sama, dia turut memohon kepada orang ramai supaya tidak percaya dengan janji-janji ‘palsu’ yang ditawarkan oleh produk tersebut.

Teh dari daun senna bagi kurus? Hanya mampu termenung dengan maklumat sampah macam ini. Please tolonglah praktik gaya hidup sihat. Kenapalah susah sangat, jangan malas!

Semua produk kurus adalah sampah. Kecuali anda mahu merisikokan organ dalaman sendiri.

Susulan daripada itu, pelakon cantik, Rita Rudaini dipercayai tidak bersetuju dengan kenyataan yang disampaikan oleh Dr Rafidah dan menjelaskan daun senna merupakan sunnah yang diamalkan oleh Nabi.

Doktor daun senna tu sunnah Nabi. Rajin doktor main TikTok, sister tolong promote account TikTok doktor ya. Cutenyaa buat macam tu. Geram macam nak cubit-cubit pipi sebab comel sangat macam heroin Korea.

Ustaz Kazim pun respon

Menerusi semakan pihak OHBULAN! penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) turut meninggalkan komen menerusi video ‘peringatan’ Dr Rafidah.

Menerusi komen tersebut, Ustaz Kazim menjelaskan terdapat khasiat yang terdapat dalam dalam daun senna dan meminta supaya Dr Rafidah lebih berhati-hati selepas ini. Bagaimanapun, mungkin berlakunya salah faham berikutan apa yang cuba ‘ditekankan’ oleh Dr Rafidah adalah produk kurus sampah bukannya daun senna semata-mata.

Video penuh:

@rafidah72 Tiada jalan singkat untuk kurus. PLEASE.#pakarbuahpinggang #nephrodoctor #sayangibuahpinggang #elakproduksampah #gayahidupsihat #mybuahpinggang #sukusukuseparuh ? Easy On Me – Adele

Sumber: Rita Rudaini & Dr. Rafidah

SKIP THIS AD ×