Baru berusia 10 tahun, seorang kanak-kanak lelaki di Nigeria digelar ‘bilionair termuda di dunia’ kerana memiliki sebuah kereta dan rumah agam. Wow!
Aset bernilai lebih 65.1 juta
Menerusi laporan Daily Star, Muhammed Awal Mustapha yang digelar sebagai Mompha Junior dihadiahkan rumah agam pertamanya ketika baru berusia enam tahun. Dia juga dikatakan mempunyai banyak wang simpanan. Setakat hari ini, asetnya dikatakan bernilai lebih 12 juta pound sterling bersamaan RM65.1 juta iaitu lebih enam bilion dalam Naira Nigeria. Jadi, secara teknikal ia menjadikannya sebagai bilionair di negaranya. Awal yang merupakan anak tunggal kepada bintang internet Ismailia Mustapha (Mompha Senior) turut dilihat memakai pakaian berjenama.
Memiliki rumah sendiri adalah salah satu perasaan terbaik yang pernah ada. Ia tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, ia tidak boleh diukur dengan wang. Rasa kehidupan seharian berbaloi. Ia meyakinkan anda bahawa selepas semua suka dan duka anda mempunyai tempat untuk pergi.
Tempat yang tidak akan pernah menilai anda dan sentiasa menjemput anda dengan tangan terbuka. Tahniah anak saya atas rumah baharu awak. Hadiah hari ulang tahun kelahiran kamu daripada ayah.
Bukan biasa-biasa
Difahamkan, ‘Mompha Senior’ menjana pendapatan daripada perniagaan pertukaran wang di Lagos sebelum beralih ke pelaburan. Walaupun usia ‘Mompha Junior’ masih muda, si bapa mendakwa anaknya itu sudah menerima ganjaran daripada usahanya
Tuan tanah termuda yang memakai Gucci dan masih memiliki sebuah rumah.
Menerusi Instagram Awal, dia rajin memuat naik foto di hadapan kereta mahal seperti Lamborghini Aventador dan Bentley Flying Spur.
Sumber: Daily Star