berita

Dera Anak Sampai Mati, Ibu & Teman Lelaki Boleh Dikenakan Hukuman Gantung Sampai Mati

September 1st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

ibu, kekasih dera anak sampai mati

Seorang wanita berstatus ibu bersama kekasih didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan membunuh anak kandungnya yang berusia lima tahun dalam satu kejadian di sebuah rumah di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan pada 22 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: Ibu & Teman Lelaki Kantoi Buat Laporan Palsu Anak Maut Dilanggar Lori, Disyaki Jadi Mangsa Dera

Artikel Berkaitan: Mayat Doktor Wanita Ditemui Bogel, Muka Ditoreh & Disumbat Dalam Beg Pakaian

Ibu, kekasih didakwa bunuh anak

Sekadar gambar hiasan

Tertuduh iaitu Mary Teh May Yee, 44, dan teman lelakinya, S Puvaneswaran, 29, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

S Puvaneswaran yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberikan keterangan bertulis palsu pada 22 Ogos lalu.

Kedua-dua tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan kerana kes bunuh adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. Sebutan semula kes akan berlangsung pada 2 Oktober hadapan.

Terdahulu, mangsa, Teh Joseph meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandung dan teman lelakinya. Kedua-dua suspek kemudian membuat laporan polis palsu menyatakan terlanggar kanak-kanak itu dengan lori namun hasil siasatan mendapati kejadian yang dilaporkan itu tidak berlaku.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×