berita

Berang WiFi Lambat, Lelaki Tetak Tangan Kawan

August 25th, 2023 | by Alia
Kini Trending

tetak kawan

Gambar sekadar hiasan

Gara-gara jaringan internet lambat, seorang lelaki bertindak menetak tangan rakan sendiri.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Berang Tak Masak Sahur, Suami Tergamak Tetak & Tikam Isteri Berkali-Kali Sehingga Mati

Artikel Berkaitan: Berang Isteri Minta Cerai, Suami Tetak Isteri & Anak Dengan Sabit Sebelum Tikam Diri Sendiri

Suspek tersinggung

tetak kawan

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Tribun News, kejadian yang berlaku di Sulawesi Selatan, Indonesia pada 17 Ogos lalu itu berpunca daripada masalah sambungan internet yang tidak stabil.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Palopo, AKP Supriadi berkata suspek pada awalnya bertanya tentang masalah tersebut kepada mangsa.

Namun, tanpa disangka jawapan yang diberikan mangsa telah menyinggung perasaan suspek sehingga mencetuskan kemarahannya

Mangsa menjawab, ‘saya tidak menggunakan WiFi awak’.

Dalam keadaan emosi yang tidak terkawal, suspek pulang ke rumahnya lalu mengambil sebilah parang.

Lelaki itu kemudian kembali ke tempat kejadian lalu menetak tangan kiri mangsa dua kali sehingga cedera.

Susulan itu, mangsa segera dikejarkan ke hospital berdekatan dan melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis.

Suspek kini telah ditahan di polis bersama bukti iaitu parang yang digunakan semasa melakukan tindakan ganas terhadap mangsa.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×