Foto: Harian Metro
Tiga individu didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah rumah di Bachok, pada Januari dan Mei lalu.
Artikel Berkaitan: Amang Seksual Bayi 1 Tahun 11 Bulan, Pemandu Lori Mengaku Bersalah
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Tarik Balik Rayuan Bela Diri Pertuduhan Kes Merogol
Mangsa rogol bapa tiri
Memetik laporan Harian Metro, tertuduh iaitu bapa tiri mangsa bersama nak lelakinya serta rakan kepada anaknya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Tertuduh yang berusia 46 tahun itu didakwa merogol anak tiri berusia 12 tahun tanpa kerelaannya yang mana hubungan tertuduh dengan mangsa tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama dan mempunyai hubungan amanah dengan mangsa.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Manakala dua lagi tertuduh yang berusia 22 tahun itu didakwa merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di hadapan orang lain dalam satu kejadian pada awal tahun lalu, di lokasi yang sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah memutuskan tertuduh bersama anaknya tidak ditawarkan jaminan, manakala tertuduh ketiga dibenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sumber: Harian Metro