berita

Budak 13 Tahun Dihukum 20 Tahun Penjara Kerana Menembak Lelaki Yang Cuba Untuk Merogol Ibunya

June 12th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Apa yang anda akan lakukan kalau penjenayah pecah masuk rumah dan memukul ibu bapa anda? Anda mesti panik, kaku tak tahu nak buat macam mana. Insiden ni berlaku di Mexico dimana seorang budak berusia 13 tahun terpaksa menembak dan membunuh lelaki yang tidak dikenali apabila penjenayah tersebut cuba memukul dan merogol ibunya.

Paling menyedihkan, budak ini dikenakan hukuman.

Ingin tolong mak, akhirnya kena hukum penjara

Berita melibatkan budak berumur 13 tahun ni telah mendapat perhatian dunia apabila dia dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun kerana menembak dan membunuh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki tu juga memukul ibunya dengan teruk serta cuba untuk merogol.

Selepas mendengar ibunya menangis minta pertolongan, budak itu mengambil senjata kepunyaan ayahnya dan menembak lelaki tersebut dengan beberapa das tembakan. Lelaki tersebut mati tak lama kemudian.

Tetapi malangnya, kerana tindakan keterlaluan dilakukan serta prosiding kehakiman kanak-kanak itu sebelum ni, dia telah dibicarakan sebagai orang dewasa. Dia dijatuhkan hukuman penjara sehingga 2o tahun kerana tidak mendapat serta mencari bukti kukuh yang boleh melepaskannya dari hukuman penjara itu.

Sumber: Woman News

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×