berita

Budak 2 Tahun Didakwa Dirogol Semasa Berada Di Wad Pengasingan

July 9th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun dipercayai telah dirogol ketika berada di wad pengasingan coronavirus di Afrika Selatan. Lebih meruntun hati apabila melihat keadaan kanak-kanak itu berbeza daripada sebelum ini.

Anak menangis kesakitan

Menerusi laporan yang dipetik daripada The Sun, insiden tersebut dipercayai berlaku di Hospital Akademik Dr George Mukhari di Pretoria pada bulan lalu. Menurut sumber, ibu mangsa telah membawanya ke hospital selepas mendapati anaknya itu mula menunjukkan gejala Covid-19.

Mangsa kemudian dimasukkan ke wad pengasingan untuk menerima rawatan lanjut sementara ibunya telah pulang ke rumah. Namun tidak lama kemudian iaitu pada waktu petang, ibu mangsa telah menerima panggilan daripada pihak hospital yang memaklumkan bahawa anak kecil itu menangis tidak henti selain menunjukkan dirinya sedang menahan kesakitan.

Laporan tidak dilayan

Pada keesokan harinya, keputusan ujian saringan mendapati kanak-kanak terbabit disahkan negatif Covid-19 dan dibenarkan pulang. Ibu saudaranya memberitahu sewaktu melawat kanak-kanak itu, dia melihat sikap mangsa berbeza daripada sebelum ini dan seolah-olah seperti itu bukan dirinya yang sebenar. Tambah wanita ini lagi, dia juga melihat anak saudaranya itu sukar untuk berjalan dan kadangkala menangis.

Sementara itu, si ibu mengesyaki sesuatu selepas menukar lampin anak kecilnya. Dia menyedari terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa anaknya telah diserang secara seksual. Si bu kemudian membawa anak perempuannya itu ke klinik kesihatan dan jururawat turut mengatakan mangsa telah dirogol. Berikutan daripada kejadian tersebut, ibu mangsa telah membawa anaknya itu kembali ke hospital berkenaan sebelum menghubungi pihak polis.

Menerusi laporan Mirror UK, pihak hospital telah membuka siasatan sendiri bagi mengetahui punca sebenar yang berlaku. Sementara itu, jurucakap polis iaitu Brigadier Mathapelo Peters mengesahkan bahawa kes rogol ini telah dibuka.

Sumber: The Sun, Mirror UK

SKIP THIS AD ×