Baru-baru ini, seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa mencabul bakal anak tirinya sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan pada alat kelaminnya.
Jadi mangsa bakal bapa tiri
Memetik laporan Tribunnews, kejadian yang berlaku di Indonesia itu terbongkar selepas ibu mangsa menemui kesan darah pada seluar
dalam anaknya yang berusia 3 tahun 6 bulan itu.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan terdapat pendarahan daripada faraj mangsa.
Difahamkan, selepas daripada insiden itu, mangsa berada dalam keadaan menggeletar selain mengalami trauma hingga ketakutan jika berjumpa dengan orang asing.
Susulan daripada itu, keluarga mangsa telah membuat laporan polis dan hasil siasatan membongkarkan, seorang lelaki yang juga bakal bapa tiri mangsa merupakan dalang disebalik perbuatan keji itu.
Semasa soal siasat, suspek mengaku memasukkan jari ke dalam alat kelamin kanak-kanak berkenaan ketika dia menolong mencebokkan air selepas mangsa membuang air besar di tandas.
Jika disabitkan bersalah, dia berdepan hukuman penjara selama 15 tahun.
Sumber: Tribunnews