Sekadar gambar hiasan
Satu keluarga ditemui maut dipercayai dibunuh dalam satu kejadian di kampung Cheria Ramnagar di Osian, India pada 18 Julai lalu.
Artikel Berkaitan: Mayat Membusuk Ditemui Tepi Tol
Artikel Berkaitan: Mayat Budak Tanpa Kepala Ditemui Tepi Pantai
Empat sekeluarga maut dikelar
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Times of India, empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia enam bulan dipercayai dikelar ketika tidur sebelum pondok yang didiami mereka dibakar oleh suspek. Penduduk kampung yang menyedari insiden itu terus tampil membuat laporan polis.
Hasil siasatan awal mendapati, kemungkinan terdapat pertikaian yang berlaku dalam keluarga terbabit. Mereka yang terbunuh dikenal pasti sebagai Poonaram (55), isterinya Bhanwari (50), menantu mereka iaitu Dhapu (23) dan anak perempuannya, Manisha.
Susulan daripada kejadian itu, anak saudara Poonaram iaitu Pappuram yang berusia 20 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan. Semasa soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam pembunuhan tersebut kerana dendam. Suspek percaya bahawa bapa saudaranya, Poonaram terlibat dengan kematian abang kandungnya beberapa bulan lalu.
Sumber: Times of India