berita

Budak 5 Tahun Diculik, Dibunuh & Ditanam Oleh Pengasas Sekolah, Mayat Ditemui Dalam Keadaan Reput

January 24th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Penemuan mayat kanak-kanak Nigeria berusia lima tahun ditemui dalam keadaan reput telah membangkitkan kemarahan orang ramai. Berikutan daripada itu, mereka mula mewujudkan hashtag #JusticeForHanifa untuk menuntut keadilan buat mangsa.

Budak 5 tahun diculik, dibunuh

Foto: BBC

Memetik laporan BBC, mangsa yang dikenali dengan nama Hanifa AbuBakar dilaporkan hilang sejak Disember tahun lalu. Namun siapa sangka, sebenarnya sepanjang tempoh mangsa ‘hilang’, dia sebenarnya telah diculik oleh  pengasas sekolah di mana kanak-kanak itu belajar, Abdulmalik Mohammed Tanko serta dua lagi individu. Mereka kemudian meminta wang tebusan sebanyak AS$14,600 bersamaan RM61,122.90.

Lebih mengejutkan apabila suspek yang berusia 34 tahun itu tergamak membunuh mangsa selepas kanak-kanak malang itu mengenalinya. Berikutan daripada insiden tersebut, Abdulmalik Mohammed Tanko bersama dua lagi suspek telah ditahan oleh pihak polis dan sekolah tersebut diarahkan tutup oleh pihak berkuasa.

Ibu mangsa pengsan sebab terkejut

Foto: BBC

Semasa soal siasat, Abdulmalik dikatakan mengakui telah membunuh mangsa malah dia juga membawa polis ke premis sekolah dan menunjukkan tempat dia mengebumikan mayat Hanifa. Selepas menggali kawasan tersebut, pihak berkuasa akhirnya menemui mayat Hanifa yang sudah reput. Mayat tersebut kemudian diserahkan untuk pemeriksaan perubatan sebelum dikebumikan oleh keluarga mangsa.

Bapa Hanifa iaitu Abubakar Abdulssalam mengakui mereka sekeluarga trauma malah isterinya (ibu mangsa) kini berada di hospital untuk mendapatkan rawatan akibat terkejut dengan insiden terbabit.

Menurut sumber, Nigeria kini sedang bergelut dengan gelombang penculikan oleh kumpulan bersenjata yang menyasarkan pelajar sekolah untuk mendapatkan wang tebusan.

Sumber: BBC

SKIP THIS AD ×