berita

‘Kami Layan Dia Dengan Baik’ – Ibu Siti Masitah Dedah Ada Berjumpa Suspek Sebelum Mayat Anaknya Ditemui

February 12th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan, Siti Masitah dalam keadaan tidak sempurna dengan tangannya diikat ke belakang dan tidak berseluar di dalam sebuah ladang kelapa sawit itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Menurut laporan Metro, Ibu mangsa, Solihah Abdullah merayu agar suspek yang dikenali sebagai Assom untuk memberitahu di mana anaknya berada memandangkan Assom adalah orang terakhir dilihat bersama Siti Masitah.

Kami sekeluarga melayan Assom dengan baik

Ibu mangsa terkejut apabila diberitahu pegawai penyiasat bahawa Assom (suspek) yang mengaku membunuh Siti Masitah atas faktor berdendam dan marah dengan keluarga mereka.

Saya tidak tahu apa menyebabkannya berdendam dengan kami sehingga anak menjadi mangsa kekejamannya dan diperlakukan sebegitu rupa.

Kami sekeluarga melayannya dengan baik seperti adik sendiri, sanggup dia (suspek) membalasnya dengan kejam, biar Allah tentukan nasibnya.

Suspek bukan sahaja menculik dan bertindak kejam membunuh mangsa tetapi dia juga masuk ke rumah keluarga ini pada jam 7.30 malam dan mencuri telefon bimbit.

Telefon bimbit saya ada bersama dengannya ketika ditangkap orang kampung, dia menafikan ada mengambil anak saya, walaupun ada orang melihatnya bersama Siti Masitah pada petang anak saya dilaporkan hilang.

Saya sendiri ada melihat kelibatnya di rumah sekitar 7.30 malam dan mengambil telefon bimbit saya, hanya selepas mayat anak ditemui baru dia mengaku membunuhnya.

Hairan, bagaimana Masitah boleh ikut lelaki itu?

Ibu saudara mangsa, Norasiah Abdul Manan menceritakan semula keadaan sebenar selepas suspek (Assom) ditahan penduduk kampung, tempoh hari.

Sambil menangis Kak Long meminta Assom memulangkan Masitah, malah dia terus berlutut dan merayu kepada suspek, namun suspek berkeras dengan mengatakan dia tidak tahu.

Kami sememangnya mengenali suspek kerana dia pernah tinggal di kawasan kejiranan ini namun difahamkan sudah berpindah dua tahun lalu.

Tidak tahu di mana Masitah berjumpa lelaki itu

Suspek lelaki berusia 23 tahun itu adalah individu terakhir dilihat membawa Siti Masitah menaiki motosikal pada hari dia dilaporkan hilang. Tambahnya lagi, dia agak hairan bagaimana mangsa boleh ikut suspek sedangkan anaknya itu bukan mudah mesra dengan orang.

Walaupun suspek biasa datang dan bermalam di rumah mangsa, namun Masitah tidak begitu rapat dengannya, sebab itu saya hairan bagaimana dia boleh mengikuti lelaki itu.

Setahu saya sebelum kehilangannya Masitah memberitahu ibunya mahu ke kedai runcit untuk membeli mi segera, jarak kedai runcit itu hanyalah kira-kira 200 meter dari rumahnya. Saya tidak tahu di mana Masitah berjumpa lelaki itu.

Tergamak dia bertindak kejam sebegini

Walaupun, Assom sudah berpindah ke Kampung Parit Tengah sejak dua tahun lalu namun suspek selalu singgah ke rumah keluarga mangsa dan berbaik dengan keluarga ini.

Kak Long selalu menjamunya makanan apabila berkunjung ke rumah, kami pun hairan mengapa dia bertindak kejam sebegitu rupa dan melupakan layanan baik diberikan keluarga Kak Long kepadanya. Kejadian ini sangat menyedihkan dan berharap keadilan dapat ditegakkan untuk Siti Masitah.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×