berita

Budak 7 Tahun Dirogol Bergilir-Gilir, Organ Dimakan Untuk Tujuan Ritual Dapatkan Anak

November 19th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh telah ditemui di dalam hutan dengan keadaan yang sangat menyayat hati. Ketika ditemui, mangsa tidak berpakaian dan organ-organnya telah dikeluarkan dan dipercayai digunakan untuk tujuan ritual.

Keluar beli mercun sambut Deepavali

Menerusi laporan yang dipetik The Sun, sebelum kejadian, kanak-kanak yang berasal dari negara India ini telah keluar dari rumahnya pada malam Deepavali untuk membeli mercun. Namun, sebaliknya pula yang terjadi apabila mangsa telah diculik oleh dua individu yang tidak dikenali. Kedua-dua suspek yang sedang mabuk pada ketika itu telah membawa mangsa ke dalam hutan sebelum bertindak merogol secara bergilir-gilir.

Apa yang lebih mengejutkan apabila mengetahui mangsa kemudian telah dibunuh serta organ seperti hati dan paru-parunya juga ‘dicuri’. Organ tersebut kemudian diserahkan untuk dimakan oleh seorang individu yang juga merupakan dalang di sebalik pembunuhan kanak-kanak ini.

Ambil hati dan paru-paru

Difahamkan, pada malam kejadian, ibu bapa serta ahli keluarga mangsa sudah cuba mencari mangsa tetapi mereka langsung tidak menemuinya sehinggalah pada keesokan harinya, penduduk kampung menjumpai mayat mangsa di dalam hutan berdekatan dengan rumah mereka. Pakaian mangsa ditemui berada di bawah pokok tidak jauh dari mayatnya itu.

Pihak polis bersama pasukan forensik dan skuad anjing pengesan turut berada di lokasi kejadian untuk mencari bukti dan hasilnya mereka menemui sebilah pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa. Selain itu, mereka mendapati dua orang suspek telah terlibat dalam kes penculikan tersebut.

Kedua-dua suspek sebaliknya memberi alasan hanya memberikan sebungkus kerepek kentang kepada mangsa. Pihak polis kemudian menahan kedua-dua suspek untuk disoal siasat dan mereka akhirnya mengaku telah diupah oleh seorang individu.

Ilmu hitam untuk cepat hamil

Menurut sumber, pembunuhan itu merupakan rancangan seorang lelaki yang dikenali dengan nama Parshuram dan isterinya, Sunaina. Selepas disoal siasat, Parshuram mengaku telah berkomplot untuk melakukan perbuatan kejam itu semata-mata untuk tujuan ritual.

Difahamkan, organ mangsa yang telah diambil dimakan oleh pasangan suami isteri itu untuk meningkatkan peluang kehamilan. Hal ini kerana, mereka telah berkahwin sejak dari tahun 1999 tetapi sehingga kini masih belum dikurniakan zuriat. Oleh itu, Parshuram percaya dengan memakan organ-organ tersebut mampu meningkatkan peluang isterinya untuk hamil.

Bercerita lanjut mengenai rancangan pembunuhan itu, Parshuram mengaku telah mengupah anak saudara dan rakan anak saudaranya itu untuk menculik, merogol dan mengambil organ milik mangsa. Kedua-dua pembunuh termasuk pasangan suami isteri itu telah ditahan oleh pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: The Sun, Daily Mail

SKIP THIS AD ×