berita

Budak 9 Tahun Maut Gantung Diri Guna Kain Pelikat

April 16th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara berlakunya perselisihan faham antara keluarga, seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dipercayai nekad mengakhiri hidupnya dengan menggantung diri.

Budak 9 tahun maut

Foto: Kosmo

Memetik laporan Kosmo, insiden cemas itu berlaku di kediaman keluarga mangsa yang terletak di Flat Temenggong, Kulai, Johor. Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, kejadian tersebut disedari oleh ahli keluarga mangsa sebelum mereka membuat laporan polis. Sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kulai bergegas ke rumah terbabit selepas menerima laporan berhubung kejadian yang menimpa kanak-kanak itu.

Setibanya di lokasi, mangsa telah diturunkan oleh ahli keluarganya daripada tempat asal mangsa menggantung diri menggunakan kain pelikat.

Pegawai kesihatan yang berada di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kesan kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa dan mangsa disahkan mati kerana ‘hanging’. Menurut sumber, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×