berita

Budak-Budak Dapat RM5 Kalau Datang Solat Subuh Berjemaah Di Masjid

July 8th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Golongan kanak-kanak dan remaja yang hadir menunaikan solat subuh secara berjemaah sebelum ke sekolah diberikan sagu hati berbentuk wang tunai sebanyak RM5 di Masjid Mukim Kampung Wakaf, Pasir Puteh, Kelantan.

Dekatkan kanak-kanak dengan rumah Allah

Gambar sekadar hiasan

Cetusan idea Saiful Amri Razali, 47 tahun, Program Anak Muda Mengimarahkan Masjid itu berjaya mendekatkan golongan kanak-kanak dan remaja dengan rumah Allah apabila mereka datang seawal pukul 5.15 pagi.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Imam Muda Masjid berkenaan, Abdul Ghafar M. Salleh berkata, hebahan tentang perkara itu dibuat oleh imam semasa membaca khutbah Jumaat, baru-baru ini.

Mereka perlu mendaftar kehadiran di pintu utama masjid sebelum mendirikan solat Subuh secara berjemaah. Kebanyakan kanak-kanak dan remaja ini terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Panggong, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Maharaja dan SMK Padang Pak Amat.

Wang itu diagihkan oleh bilal masjid Hussin Junuh, 64, dan disaksikan sendiri Saiful Amri selaku penyumbang. Untuk makluman, kita tidak menggunakan wang tabungan masjid.

Menurut Abdul Ghafar, pada Subuh pertama hanya 13 orang yang berjemaah dan jumlah tersebut terus meningkat kepada 24 jemaah dan semalam mencecah 36 orang.

Katanya, kanak-kanak dan remaja yang menerima sagu hati itu bukan sahaja muncul pada Subuh, malah mereka turut hadir berjemaah pada waktu Magrib dan Isyak, membuktikan mereka mula jatuh cinta dengan masjid.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×