berita

‘Budak-Budak Ni Menangis Beritahu Baba Mereka Dah Mati Dalam Kereta..’

December 19th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Pemergian insan tersayang terutamanya ibu bapa merupakan satu momen sedih yang tidak digambarkan dengan kata-kata. Begitulah yang dialami oleh dua orang kanak-kanak ini apabila melihat dengan mata sendiri si bapa ‘pergi’ buat selama-lamanya.

Baba meninggal dunia

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Mohd Faisol memaklumkan kejadian cemas itu dipercayai berlaku di Bukit Pantai Bangsar. Difahamkan, Allahyarham yang dikenali dengan nama Ashraf Rosli atau Acap/Cakcibor dipercayai telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam sebuah kereta ketika sedang menunggu isterinya hadiri sesi temu duga.

Dia bersama tiga orang anak-anaknya turut berada di dalam kereta berkenaan di mana seorang berada di car seat tempat duduk bahagian hadapan manakala dua orang lagi berada di tempat duduk belakang.

Dipercayai akibat serangan jantung

Menurut sumber, dua orang anak Allahyarham dikatakan telah menangis dan memberitahu seorang wanita warga Jepun bahawa bapa mereka sudah meninggal dunia di dalam kereta. Tetapi disebabkan wanita Jepun itu tidak faham berbahasa melayu, dia telah meminta bantuan Mohd Faisol.

Individu ini yang menyedari kejadian tersebut telah menghubungi ambulans dan paramedik. Mereka mengesahkan mangsa sudah pun meninggal dunia. Difahamkan, Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

Salam takziah

Khabar sedih itu turut dikongsikan semula di Facebook Page Motorsport Malaysia. Ramai netizen telah mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan mengakui akan merindui gelagat Allahyarham beraksi di hadapan kamera. Difahamkan, Allahyarham merupakan seorang Youtuber yang sering membuat kandungan video tentang permotoran.

Sumber: Mohd Faisol, Motorsport Malaysia, Facebook

SKIP THIS AD ×