Bila sebut Mawi ‘World’ pasti korang semua teringat sebuah program realiti sekitar tahun 2000 kan? Mana taknya, program realiti tersebut dinantikan seluruh rakyat Malaysia setiap hujung minggu.
Sudah tentu korang akan teringat dengan juaranya iaitu Mawi yang menjadi fenomena sehinggakan menjadi ikutan setiap lapisan masyarakat di Malaysia pada ketika itu.
Artikel Berkaitan: Mawi Seolah-Olah Mati 15 Minit, Dakwa Disihir Sehingga Muntah Berdarah
Fenomena ‘Tsumawi’
Kids these days will never know how is the hype of Mawi back in the day. pic.twitter.com/Dz4aXlivoV
— Afiq Shari ?? (@AfiqShari) July 15, 2023
Baru-baru ini, fenomena insan yang bernama Asmawi Ani ini kembali menjadi bualan dalam kalangan wargamaya di media sosial.
Menerusi ciapan dimuat naik seorang pengguna di Twitter, dia berpendapat golongan muda pada ketika ini pastinya tidak mengetahui betapa terkenalnya Mawi ketika itu sehinggakan dia digelar sebagai lelaki melayu terakhir.
Budak-budak sekarang tak tahu aura Mawi ni kuat satu ketika dulu.
Susulan itu, ramai netizen mula mengimbau kembali kehebatan Mawi yang begitu menjadi fenomena sehinggakan ada yang menggelarkannya sebagai Raja SMS.
Ini kerana, pelantun lagu Kalah Dalam Menang ini mendapat undian SMS tertinggi sekaligus dinobatkan sebagai juara program berkenaan pada ketika itu.
Kemenangan Mawi ini juga boleh diibaratkan bagai bulan jatuh ke riba apabila dia terus menjadi pilihan jenama terkenal seperti Mamee untuk dijadikan muka depan bagi barangan mereka.
Bukan itu sahaja, terdapat juga satu syarikat tempatan yang telah melaburkan jutaan ringgit untuk mengeluarkan telefon bimbit M.Mobile dengan menjadikan Mawi sebagai duta kepada jenama telefon bimbit terbabit.
Sekadar info, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani dinobatkan sebagai juara sebuah program nyanyian terbitan stesen tv swasta pada tahun 2005 yang lalu.
Selepas dinobatkan sebagai juara, Mawi meneruskan lagi kegemilangannya dalam industri seni tanah air apabila merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian selama dua tahun berturut-turut bagi edisi 2006 dan 2007.
Antara lagu nyanyian Mawi yang menjadi fenomena termasuklah Aduh Saleha, Kian, Angan Dan Sedar, Lagu Jiwa Lagu Cinta dan banyak lagi.
Kini, Mawi sedang giat aktif sebagai penyampai radio bagi sebuah stesen radio swasta.
Sumber: Twitter, The Reporter