berita

Budak Dua Tahun Dipenjara Seumur Hidup

June 7th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Korea Utara telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana ibu bapanya didapati memiliki Al-Kitab (bible), iaitu kitab suci bagi orang Kristian.

Budak 2 tahun dipenjara

Kim Jong Un

Memetik laporan CBN, di bawah pemerintahan Kim Jong Un, sesiapa sahaja yang memiliki Al-Kitab akan dikenakan hukuman mati dan ahli keluarganya juga akan dipenjara seumur hidup.

Berdasarkan Kebebasan Beragama Antarabangsa, Jabatan Hal Ehwal Luar Amerika Syarikat (AS), hampir 50,000 ke 70,000 individu telah dijatuhi hukuman penjara hanya kerana mereka beragama Kristian.

Menurut sumber, terdapat seorang wanita dan cucunya telah dibunuh kerana memeluk agama Kristian sekitar tahun 2021 lalu. Seramai 151 wanita Kristian yang ditahan memberitahu bahawa mereka telah diseksa seperti menjadi buruh paksa, mangsa keganasan seksual dan sebagainya.

Tahanan digalakkan bunuh diri

Sekadar gambar hiasan

Tidak terhenti di situ, tahanan juga tidak dibenarkan tidur dan lebih mengejutkan apabila mereka digalakkan untuk membunuh diri. Disebabkan Korea Utara tidak menerima agama Kristian, mereka sengaja menyebarkan propaganda kononnya penganut agama Kristian suka merogol, membunuh, mengambil organ manusia, minum darah dan menjadi pengintip.

Oleh hal demikian, ahli keluarga ini termasuk kanak-kanak dua tahun tidak dapat lari daripada hukuman penjara seumur hidup hanya kerana ditangkap memiliki Al-Kitab Kristian.

Sumber: CBN

SKIP THIS AD ×