Seorang kanak-kanak lelaki baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11 pada 11 November lalu selepas dilahirkan pada tahun 2011, pada jam 11.11 pagi. Dia juga telah menerima 11 hadiah sempena hari jadinya.
Lahir pada 11 November 2011, pukul 11:11 pagi
Kanak-kanak lelaki yang dikenali dengan nama Daniel Saunders akui nombor 11 merupakan nombor ‘bertuah’ dalam hidupnya selain mudah diingati. Tambah Daniel lagi, dia sangat teruja menyambut hari kelahirannya pada tahun ini.
11 merupakan nombor utama dalam numerologi, dan ini bermakna saya mempunyai potensi besar pada masa hadapan. Ia nombor bertuah saya, dan ia mudah diingati. Jadi, tiada sesiapa akan terlupa hari lahir saya.
Sementara menurut ibu Daniel iaitu Charlotte, anak lelakinya itu pada awalnya dijangka dilahirkan pada 17 November 2011 namun, dia diberitahu bahawa bayi (Daniel) dalam kandungannya berada dalam kedudukan tidak sepatutnya ketika itu. Susulan daripada itu, Charlotte terpaksa menjalani pembedahan pada 11 November yang juga merupakan Hari Peringatan di United Kingdom buat askar yang terkorban dalam Perang Dunia I.
Sumber: New York Post